Kebanyakan orang hanyan menilai kecantikan seseorang itu, hanya berdasarkan kencantikan pada sifat fizikalnya dan sifat yang zahir sahaja…. Kita selalu terlepas pandang kepada kecantikan yang tidak mampu untuk kita lihat, sifat yang lahir dari dalam diri, dan sifat rohani yang mampu untuk mendorong kita kearah kebaikan…
Tidak semua insan yang cantik pada sifat luarannya.. mampu memiliki kecantikan pada sifat dalamannya… Kadang kala ada orang yang cantik luaranya memiliki akhlak yang tidak berapa baik… sering sahaja menyakiti hati ibubapanya dan sahabat-sahabatnya, sering sahaja leka dengan kenikmatan dunia… dan lupa untuk memunaikan kewajipan dia sebagai hamba kepada Nya..
Dan ada juga insan yang tidak cantik pada sifat luaranya… tetapi memiliki peribadi dan akhlak yang cantik.. pandai menjaga hati kedua ibubapanya dan juga sahabat-sahabatnya… dan taat akan perintah dan juga larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT..
Jika ingin dibandingkan antara kecantikan luaran dan kecantikan dalaman.. lebih baik kita memiliki kecantikan pada sifat dalaman kerna ia akan kekal lama… Alangkah ruginya jika kita hanya memiliki kentikan pada sifat luaran sahaja… kerna ia tidak mampu untuk kekal lama… kecantikan itu akan pudar dimakan usia dan ia mampu hilang sekelip mata..
Rasulullah SAW bersabda :“Perempuan itu dikahwini atas empat perkara, iaitu: karana hartanya, karana keturunannya, karana kecantikannya, atau karana agamanya. Akan tetapi, pilihlah berdasarkan agamanya agar dirimu selamat.” (H.R. Bukhari dan Muslim)