Khamis, 20 Jun 2013

Syukur



Assalamualaikum… dah lame tak pengang keyboard… terasa rindu dak nak update blog yang tak seberapa ini… Kakakang aku rase apa yang aku miliki ini serba kekurangan.. tetapi sebenarnya ia jauh lebih baik dari apa yang ku sangkakan… 

Kenapa perasaan ini timbul di dalam hati kecil ini… Jawapannya hanya ada satu… kerna hati ini masih tidak mengenal apa itu yang dikatakan dengan syukur dan kerana hati ini masih belum faham kenapa kita mesti bersyukur…

Syukur… syukur adalah rasa puas , langkap atau segalanya telah mencukupi yang hadir di dalam hati dengan segala kenikmatan yang telah dikurniakan daripada Allah SWT kepada kita,  Syukur terdiri dari pada 3 aspek. Iaitu.. Pertama Syukur dengan hati, Kedua Syukur dengan lisan dan yang terakhir, Syukur dengan perbuatan.

Syukur dengan hati, iaitu menyadari dan menyakini bahwa semua nikmat dan karunia yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya. Syukur dengan lisan, iaitu dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya. Syukur dengan perbuatan, iaitu taat beribada kepada-Nya dan menggunakan karunia itu untuk kebaikan.

Kenapa kita harus bersykur.. Ini adalah kerana segala keresahan, kegelisahan dan ketakutan terhadap apa yang dibayangkan mengenai segala yang tidak mampu dimiliki olehnya, akan hilang.  Dan apa yang kita rase kurang selama ini adalah sudah mencukupi. Ini kerana jika ingin dibandingkan dengan orang yang lebih susah. Kita jauh  lebih bertuah daripada dia.

Oleh itu marilah kita sama-sama tanamkan didalam hati kita untuk sentiasa bersyukur atas apa yang telah dikurnuiakan untuk kita. Wallahu’Alam….

“Ya Allah, Jadikanlah aku umat yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Mu” Amin~

P/S : firman Allah s.w.t.: “Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).

firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”(Surah Ibrahim, ayat 7).


Khamis, 14 Jun 2012

Thanks....


Assalamualaikum.. Hari nie cadang nak post something.. Tetibe tengah-tengah cari bahan untuk di postkan.. Teringat pulak kat sorang ni yang memesan supaya membuka blog dia... Dan bila saya bukak.. terasa sungguh gembiranya... 

Thanks Mrs.NH sbb susah-susah wat semua ini untuk saya ( SANAH HELWAH Mr.NH ). Saya tak tau nak balas macam mane.... I'm so happy with what you do for me. Thanks again.. =)

Ermm tak lupe juga kepada ahli keluarga saya dan sahabat-sahabat saya yeng telah wish for my birthday... thankz... sbb ingat... =)

Insya'Allah saya akan doakan akan kejayaan kalian semua... Amin~





Ahad, 20 Mei 2012

Marah???


Pernahkah kita berasa marah? Kenapa kita berasa marah? Adakah perasaan marah itu adalah sesuatu yang baik? Marah itu adalah satu perubahan sikap yang terhasil ketika menggelegaknya darah di dalam hati untuk menghasilkan kelegaan dalam dada. Demikian pendapat Al-Jurjani, Marah juga memberi erti, menghendaki kemudharatan kepada orang yang dimarahi. Sesungguhnya Allah menciptakan sifat marah itu dari api dan menjadikannya sebagai salah satu tabiat bagi manusia.

Oleh itu marah bukanlah sesuatu perasaan yang baik kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan yang dimarahi atau orang lain yang berada di sekelilingnya... Kadang kala ketita kita sedang marah kita tidak sedar apa yang kita lakukan….

Saya rasa semua orang pernah berasa marah… Tetapi tidak semua orang yang sedang marah mampu untuk menahan kemarahannya… Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk menahan kemarahan kita….

Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang cara-cara yang mungkin boleh membantu diri kita untuk mengawal atau menahan perasaan marah yang lahir di dalam diri kita..

Tips mengawal perasaan marah:
1.         Mengambil Wuduk
2.         Mambaca Al-Quran
3.         Berselawat dan berIstighfar
4.         Mengubah posisi ( Dari berdiri kepada duduk, atau pun berbaring)
5.         Minum air
6.         Mendiamkan diri
7.         Bawa bertenang seperti menarik nafas.
8.         Senyum
9.         Berfikiran positif
10.     Memaafkan kesalahan orang yang menjadi punca kemarahan
11.     Meluahkan kepada orang yang kita yakin ia boleh membantu kita,

Tips Menghindari Sifat Marah.
  1. Sentiasa berzikir kepada Allah taala.
  2. Membaca Al Quran, kerana Al Quran mampu melembutkan hati manusia.
  3. Janganlah merokok atau minum minuman keras.
  4. Jangan bertindak melulu, sebaliknya, sentiasa bersikap tenang walaupun dihimpit cercaan atau masalah
  5. Jika melihat sesuatu kemungkaran (seperti golongan yang tidak menutup aurat), jangan mencela sebaliknya, mendoakan agar Allah taala membuka pintu hati mereka.
  6. Bersedia memaafkan kesalahan orang lain.
  7. Bersikap rendah diri & jauhi sifat ego dalam diri
  8. Muhasabah dan berusaha memperbaiki sebarang kelemahan diri.

Saya harap perkara di atas dapat membantu kita untuk mengawal perasaan marah yang ada pada diri kita… SEMOGA BERJAYA…

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”

Allah s.w.t. telah berfirman: “Bersegeralah bermohon keampunan kepada Tuhan kamu, dan (memohon) syurga yang luasnya meliputi langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa; iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan senang dan susah, dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang, dan Allah amat mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS Ali-Imran: 133-134)

Wallahu’Alam…


Jumaat, 6 April 2012

RENUNGAN.........

Assalamulaikum..... Maaf kerana sudah lama tak update blog ni... kerana ada tugas yang lebih penting yang perlu saya lakukan terlebih dahulu..... harap dengan apa yang saya tulis kali ini dpat memberi kita pengajaran atau semangat untuk kita menempuh perjalanan kita yang kita tidak tahu dimanakah penghujungnya.....
 
Hidup ini Ibarat Roda : Jika kita jatuk sekalu tedak bermakna kita akan jatuh untuk selamanya... Dan ingtlah.... jika kita berada diatas tidak bermakna kita akan berada diatas selamanya.... Ingatlah nikmat yang kita perolehi itu hanyalah sebagai pinjaman bagi kita... RENUNGKANLAH....

"Kekadang kita tidak sedar apa yang kita katakan atau kita guraukan telah menyakitkan hati orang lain.. Dan kekadang juga apa yang kita cakapkan dan guraukan itu juga telah membuat seakan-akan kita tidak bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT.... oleh itu berhati-hatilah ketika berkata-kata."

Hidup Ibarat Layang-layang :  kita boleh melakukan apa yang kita ingin lakukan... tetapi kita tidak boleh dari landasan agama atau apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Seperti layang-layang ia boleh terbang setinggi mana pun yang ia kehendaki... tetapi ia tidak boleh lari yang terikat padanya...... RENUNGKANLAH...

"Kekadang sifat terlalu menginginkan sesuatu yang terrlalu sukar atau jauh untuk kita capai membuatkan kita tidak nampak dan tidak menghargai apa yang ada didepan kita.... sehinggalah ia hilang.... barulah kita sedar akan kewujudannya dan menyesal kerana kita mengabaikannya............ 'Bersyukurlah dengan apa yang ada'."


"Tanpa kesedihan kita tidak akan mengenal erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan...... 'Don't be Sad'..... "

"Tiada siapa yang mampu menjangka akan terjadi kepada dirinya (Apa yang Telah ditakdirkan Untuknya) oleh itu kita haruslah tabah dan redha akan ketentuan NYA.... dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.......... 'Don't be Sad'... "

"Alllah akan selalu menguji diri kita.... Untuk melihat tahap keimanan kita terhadap NYA.... Dan Ingatlah.... Setiap ujian yang diberikan kepada kita itu terdapat Hikmah disebaliknya.....'Don't be sad'..."

"'Keep moving and do not turn your back, let the past be history in your life' ..  teruslah melangkah kehadapan... dan jangan sesekali kita berpaling kebelakang... jadikanlah perkara yang telah berlalu itu adalah sebagai sejarah dan panduan untuk kita terus melangkah......"

"'Don't judge a book by this cover'..... Tidak semestinya cantik diluar... didalamnya juga cantik... tidak semestinya orang yang pendiam itu adalah orang yang baik, dan tidak semestinya orang yang suka membuat bising atau membuat kecoh itu adalah orang yang jahat.... apa yang ada diluar tidak semestinya sama dengan apa yang ada di dalam....."

"'Doa Itu adalah senjata bagi orang Muslim'…  oleh itu sentiasalah berdoa kepada Allah SWT dan Janganlah kita berdoa ketika kita berada didalam kesusahan sahaja….. Kerana doa itu  bukan untuk orang yang berada di dalam kesusahan sahaja…"

"Gunakanlah ilmu yang kita ada atau kita perolehi dengan sebaik-baiknya.... Dan ajarkan lah ia kepada orang lain.... Kerana 'Ilmu Tanpa Amal... Ibarat Pokok Yang Tidak Berbuah'....."


Isnin, 13 Februari 2012

DISEBALIK VALENTINE DAY….

Pada tanggal 14 Februari pada setiap tahun pasti ramai pasangan kekasih yang akan menyambut hari Valentine day…. Tetapi tidak ramai yang mengetahui  sejarah disebalik perayaan Valentine Day yang sebenar..

SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
 
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Petikan dari http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/valentineday.htm
 
Oleh itu janganlah kita menyambut sesuatu perayaan atau sambuatn itu tanpa mengetahui apa tujuan sebenar perayaan itu dibuat… Dan Islam juga melarang kita untuk mengikuti perkara yang dilakukan oleh kaum atau agama lain..


Ini bukan bermaksud kita tidak boleh membahagiakan orang yang kita sayang atau kita cintai… kita boleh membahagiakan meraka… tetapi bukan bertujuan untuk menyambut perayaan tersebut ( Valentine Day ) dan mestilah mengikuti batas-batas yang telah ditetapkan oleh islam… dan janganlah sesekali malakukan perkara-perkara yang telah dilarang oleh Allah SWT dengan bertujuan untuk membuktikan kasih dan cinta kita terhadap seseorang. Jangan Kerana Cinta Agama Kita Tergadai…

Dan Janganlah kita mencintai seseorang itu melebihi cinta kita Terhadap Agama, Rasullullah, dan yang paling utama adalah Cinta terhadap Allah SWT…. Kerana Cinta Yang Hakiki Adalah Cinta Terhadap Allah SWT…. Wallahu’Alam…. RENUNGKANLAH……


 
P/s: firman Allah s.w.t.: “ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

 
Link-Link yang berkaitan dengan Valentine Day :

Jumaat, 10 Februari 2012

Maulidur Rasul.....

Bila sebut Maulidur Rasul tidak ramai yang tahu mengenainya….  Cuba sebut tentang  valentine day…. Pasti ramai yang mengetahuinya padahal ia bukanlah hari yg penting di dalam islam dan kita juga dilarang untuk menyambutnya.…. 

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah dimana hari tersebut adalah Hari  keputeraan Nabi Muhammad. Yang  jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal ( Hari  Isnin )(Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.. Pasti ramai yang tidak mengingati tarikh tersebut… cuba kita tanya pada diri kita bila tarikh lahir Girl Friend atau Boy Friend kita… pasti kita sentiasa mengingatinya…

Semperna hari keputeraan Nabi Muhammad ( Maulidur Rasul ) yang baru berlalu cuba kita RENUNGKANLAH… sebentar tentang pengorbanan dan cinta Rasulullah SAW Terhadap diri kita sebagai umatnya… 

Cuba kita renungkan Sejenak tentang peristiwa Israk Mikraj.. Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.

Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.

Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja. Lihatlah Bertapa sayangnya Rasullullah terhadap kita sebagai umatnya…

Cuba kita mengingatkan kembali akan Peristiwa Ketika Nabi Muhammad SAW ingin wafat.. Sebelum Nabi Muhammad SAW menghembuskan nafas yang terakhir (WAFAT), antara perkataan akhir yang disebut oleh NabiMuhammad SAW ialah “ummati, ummati” (umatku, umatku)… ini membuktikan sungguh cinta dan kasihnya Nabi Muhammad SAW terhadap diri kita Sebagai Umatnya….. Sehinggakan ketika Nabi ingin wafat Dia tetap mengingati kita..

Oleh itu sebagai Umat Nabi Muhammad SAW marilah kita bersama-sama mendekatkan diri kita kepada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW iaitu Agama ISLAM dengan melaksanakan segala perintah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan meninggalkan perkara yang dicegak oleh Allah SWT. Dan menanamkan perasaan cinta terhadap baginda, Nabi  Muhammad SAW Dengan Berselawat kepada baginda. Agar diri kita mendapat syafaat-Nya diakhir akhirat  InsyaAllah.. Wallahu’Alam…

PS : Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"
Sahabat menjawab :
"Para malaikat Ya Rasulullah"
Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"
Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"
Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"
Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"
Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"

Hadith Dan Ayat Al-Quran:
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]


JOM KITA BERSELAWAT :

Sabtu, 7 Januari 2012

Jangan Bersedih Jika DiriMu... Diberi Ujian.....

     Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian…. Tidak kira siapakah orang tersebut… Kaya, miskin, berilmu, tidak berilmu, tua, ataupun muda… Setiap manusia mempunyai ujian yang tersendiri…. Mungkin ada yang mempunyai masalah keluarga… mungkin ada yang mempunyai masalah dalam kewangan.. mungkin ada yang mempunyai masalah persahabatan.. dan lain-lain…

     Ingtlah wahai teman… Allah akan sentiasa memberi ujian terhadap Umatnya… bukan bermaksud Allah tidak menyayangi kita… Tetapi kerana Allah ingin menguji tahap keimanan dan cinta kita terhadap NYA… Allah ingin kita bermanja dengan NYA( Mendekatkan diri kita kepada NYA).

     Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah SWT itu mempunyai hikmah disebaliknya….. Cuma kita sebagai manusia yang sememangnya lemah tidak mengetahui apakah hikmah tersebut… 

     Oleh itu janganlah kita bersedih jika kita diberi ujian daripada NYA.. sebagai manusia kita haruslah tabah untuk menghadapi segala ujian yang telah ditetapkan oleh NYA… dan berdoalah kepada NYA agar kita diberi pertunjuk  dan ketabahan untuk mengharungi sagala ujian yang telah ditetapkan oleh NYA…. Wallahu’Alam….
 
PS:  Firman Allah SWT di dalam Al-Quran : Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Firman Allah SWT didalam Al-Quran : Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. [Al-Baqarah: 45]