Sungguh beruntunglah bagi sesiapa yang mampu mengisi Bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadat… Dan alangkah ruginya jika kita masih leka dengan kenikmatan dan kemewahan dunia sehingga lupa akan tanggungjawabnya sebagai umat Allah SWT…
Sepatutnya apabila kita semakin hampir dengan penghujung bulan Ramadhan ini kita semakin menghampirkan diri kita kepada NYA dan semakin memperbanyakan amal ibadat kita… Tetapi pada hakikatnya ia adalah sebaliknya, kita semakin leka dengan kenikmatan dunia, kita banyak menghabiskan masa dipusat-pusat membeli belah untuk memenuhi tuntutan nafsu kita ..
Jika kita lihat di Masjid-masjid dan Surau –Surau, jemaahnya semakin berkurang apabila kita semakin hampir dengan penghujung ramadhan… Pada awal Ramadhan masjid penuh dengan jamaah sehingga melimpah ke kaki lima masjid, tetapi apabila semakin hampir dengan penghujung ramadhan Jemaah semakin berkurang, hanya ada beberapa saf sahaja yang dapat dipenuhkan… Masing – masing sibuk dengan agenda masing-masing, sibuk dengan melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya….
Tidak salah untuk melakukan persiapan Hari Raya… Tetapi cukuplah dengan bersederhana sahaja.. jangan sampai kita melakukan pembaziran.. Dan rancanglah agenda kita supaya kita tidak terlepas untuk melukukan Ibadat dan beramal di bulan Ramadhan yang penuh dengan Rahmat ini….. RENUNGKANLAH…