Hari tu Renungkanlah nak cari gambar yg nak di letak kat Blog nie… pastu terjumpa lah satu gambar nie…. Tu yang terfikir nak tulis pasal tajuk nie lak… Mungkin sebelum nie Renungkanlah pernah menulis tajuk seperti ini… tp mungkin isi nya berbeza… Harap adalah yang korang boleh ambil dari artikel nie (artikel kew yew???)
Setiap apa yang kita Impikan tidak semuanya akan menjadi kenyataan…. Walaupun kita telah berusaha untuk melakukannya dengan sebaik mungkin... dan kita telah mengikut segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA… Tidak semestinya apa yang kita impikan itu akan menjadi milik kita….
Jikalau apa yang kita Impikan itu dapat kita kecapi… Mungkin ia adalah milik kita yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk diri kita….
Tetapi jika ia tidak Berjaya untuk dikecapi… Bukan bermaksud kita telah gagal dan tiada kejayaan untuk diri kita atau… apa yang kta lakukan itu adalah sesuatu yang sia-sia … Mungkin waktunya belum tiba atau... mungkin kerna Allah ingin menguji diri kita ataupun… Mungkin Allah SWT telah merencanakan sesuatu yang lebih bari dari apa yang kita Impikan…
Oleh itu janganlah sesekali kita berputus asa dari rahmat Allah SWT.. Dan janganlah kita berhenti untuk berusaha dan berdoa memohon kejayaan daripadaNYA… serta berhenti untuk melakukan amal kebaikan... “Kerana Sesungguhnya rahmat Allah itu amat hampir dengan mereka yang melakukan amal kebaikan”…. RENUNGKANLAH…
Btul..sesuatu yg tak bisa utk dimiliki, ada hikmahnya. :) nice entry..
BalasPadamThankz..... =)
BalasPadam