Pada tanggal 1 Januari… semua orang akan menyambut perayaan Tahun Baru Masihi Atau ‘New Year”. Masing-masing akan memperbaharui azam atau impian mareka…. Memang bagus apabila kita mempunyai sesuatu azam atau impian…
Tetapi adakah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan azam atau impian tersebut… Lebih ramai diantara kita yang hanya berusahah pada awal sahaja dan akan melupakannya begitu sahaja jika kita tidak berjaya untuk mencapainya…. seperti kata pepatah melayu “Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga “.
Cuba kita berfikir sejenak…. Adakah azam atau impian kita pada tahun sebelum-sebelun ini telah kita kecapi…. Mungkin sudah ada yang berjaya mengecapinya… dan mungkin juga ada yang belum berjaya untuk mengecapinya….
Jika kita belum berjaya untuk mencapainya… tidak salah rasanya jika kita ingin meneruskan azam atau impian kita tersebut…. Mungkin itu adalah lebih baik daripada kita memperbaharui azam kita… bak kata pepatah melayu “ Alang-alang menyeluk pekasam… biarlah sampai kepangkal lengan”.
Mungkin pada tahun baru ini kita boleh membuat satu kelainan… Biarlah orang lain memperbaharui azam mereka… tetapi biarlah kita meneruskan azam atau impian kita yang masih belum kita kecapi itu…. Tidak guna jika kita hanya pandai untuk memperbaharui azam atau impian kita… tetapi kita tidak pandai untuk berusaha mengecapinya… RENUNGKANLAH…..
PS: Berusahalah untuk memperolehi apa yang telah kita azamkan dan kita impikan… Biarlah kita meneruskan azam dan Impian kita yang lama tetapi kita berjaya untuk mengecapinya… daripada kita mempunyai azam baru tetapi kita tidak berjaya untuk mengecapinya…. “Jangan Hanya Pandai Untuk Membuat Azam Dan Impian Yang Baru…. Jika Kita Tidak Pandai Untuk Mengecapi Azam Dan Impian Yang Telah Kita Bina”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan