Ahad, 20 Mei 2012

Marah???


Pernahkah kita berasa marah? Kenapa kita berasa marah? Adakah perasaan marah itu adalah sesuatu yang baik? Marah itu adalah satu perubahan sikap yang terhasil ketika menggelegaknya darah di dalam hati untuk menghasilkan kelegaan dalam dada. Demikian pendapat Al-Jurjani, Marah juga memberi erti, menghendaki kemudharatan kepada orang yang dimarahi. Sesungguhnya Allah menciptakan sifat marah itu dari api dan menjadikannya sebagai salah satu tabiat bagi manusia.

Oleh itu marah bukanlah sesuatu perasaan yang baik kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan yang dimarahi atau orang lain yang berada di sekelilingnya... Kadang kala ketita kita sedang marah kita tidak sedar apa yang kita lakukan….

Saya rasa semua orang pernah berasa marah… Tetapi tidak semua orang yang sedang marah mampu untuk menahan kemarahannya… Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk menahan kemarahan kita….

Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang cara-cara yang mungkin boleh membantu diri kita untuk mengawal atau menahan perasaan marah yang lahir di dalam diri kita..

Tips mengawal perasaan marah:
1.         Mengambil Wuduk
2.         Mambaca Al-Quran
3.         Berselawat dan berIstighfar
4.         Mengubah posisi ( Dari berdiri kepada duduk, atau pun berbaring)
5.         Minum air
6.         Mendiamkan diri
7.         Bawa bertenang seperti menarik nafas.
8.         Senyum
9.         Berfikiran positif
10.     Memaafkan kesalahan orang yang menjadi punca kemarahan
11.     Meluahkan kepada orang yang kita yakin ia boleh membantu kita,

Tips Menghindari Sifat Marah.
  1. Sentiasa berzikir kepada Allah taala.
  2. Membaca Al Quran, kerana Al Quran mampu melembutkan hati manusia.
  3. Janganlah merokok atau minum minuman keras.
  4. Jangan bertindak melulu, sebaliknya, sentiasa bersikap tenang walaupun dihimpit cercaan atau masalah
  5. Jika melihat sesuatu kemungkaran (seperti golongan yang tidak menutup aurat), jangan mencela sebaliknya, mendoakan agar Allah taala membuka pintu hati mereka.
  6. Bersedia memaafkan kesalahan orang lain.
  7. Bersikap rendah diri & jauhi sifat ego dalam diri
  8. Muhasabah dan berusaha memperbaiki sebarang kelemahan diri.

Saya harap perkara di atas dapat membantu kita untuk mengawal perasaan marah yang ada pada diri kita… SEMOGA BERJAYA…

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”

Allah s.w.t. telah berfirman: “Bersegeralah bermohon keampunan kepada Tuhan kamu, dan (memohon) syurga yang luasnya meliputi langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa; iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan senang dan susah, dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang, dan Allah amat mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS Ali-Imran: 133-134)

Wallahu’Alam…