Pernahkah
kita berasa marah? Kenapa kita berasa marah? Adakah perasaan marah itu adalah
sesuatu yang baik? Marah itu adalah satu perubahan sikap yang terhasil ketika
menggelegaknya darah di dalam hati untuk menghasilkan kelegaan dalam dada.
Demikian pendapat Al-Jurjani, Marah juga memberi erti, menghendaki kemudharatan
kepada orang yang dimarahi. Sesungguhnya Allah menciptakan sifat marah itu dari
api dan menjadikannya sebagai salah satu tabiat bagi manusia.
Oleh
itu marah bukanlah sesuatu perasaan yang baik kerana ia boleh mendatangkan
kemudaratan yang dimarahi atau orang lain yang berada di sekelilingnya...
Kadang kala ketita kita sedang marah kita tidak sedar apa yang kita lakukan….
Saya
rasa semua orang pernah berasa marah… Tetapi tidak semua orang yang sedang
marah mampu untuk menahan kemarahannya… Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk
menahan kemarahan kita….
Di
sini saya ingin berkongsi sedikit tentang cara-cara yang mungkin boleh membantu
diri kita untuk mengawal atau menahan perasaan marah yang lahir di dalam diri
kita..
Tips
mengawal perasaan marah:
1.
Mengambil
Wuduk
2.
Mambaca
Al-Quran
3.
Berselawat
dan berIstighfar
4.
Mengubah
posisi ( Dari berdiri kepada duduk, atau pun berbaring)
5.
Minum
air
6.
Mendiamkan
diri
7.
Bawa
bertenang seperti menarik nafas.
8.
Senyum
9.
Berfikiran
positif
10.
Memaafkan kesalahan orang yang
menjadi punca kemarahan
11.
Meluahkan
kepada orang yang kita yakin ia boleh membantu kita,
Tips
Menghindari Sifat Marah.
- Sentiasa berzikir kepada Allah taala.
- Membaca Al Quran, kerana Al Quran mampu melembutkan hati manusia.
- Janganlah merokok atau minum minuman keras.
- Jangan bertindak melulu, sebaliknya, sentiasa bersikap tenang walaupun dihimpit cercaan atau masalah
- Jika melihat sesuatu kemungkaran (seperti golongan yang tidak menutup aurat), jangan mencela sebaliknya, mendoakan agar Allah taala membuka pintu hati mereka.
- Bersedia memaafkan kesalahan orang lain.
- Bersikap rendah diri & jauhi sifat ego dalam diri
- Muhasabah dan berusaha memperbaiki sebarang kelemahan diri.
Saya
harap perkara di atas dapat membantu kita untuk mengawal perasaan marah yang
ada pada diri kita… SEMOGA BERJAYA…
IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di
antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu
dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah
orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya
orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”
Allah s.w.t. telah berfirman: “Bersegeralah bermohon
keampunan kepada Tuhan kamu, dan (memohon) syurga yang
luasnya meliputi langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa;
iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan
senang dan susah, dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan
orang, dan Allah amat mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.”
(QS Ali-Imran: 133-134)
Wallahu’Alam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan