Assalamualaikum… dah lame tak pengang keyboard…
terasa rindu dak nak update blog yang tak seberapa ini… Kakakang aku rase apa
yang aku miliki ini serba kekurangan.. tetapi sebenarnya ia jauh lebih baik dari
apa yang ku sangkakan…
Kenapa perasaan ini timbul di dalam hati kecil ini… Jawapannya hanya ada satu… kerna hati ini masih tidak mengenal apa itu yang dikatakan dengan syukur dan kerana hati ini masih belum faham kenapa kita mesti bersyukur…
Syukur… syukur adalah rasa puas , langkap atau
segalanya telah mencukupi yang hadir di dalam hati dengan segala kenikmatan
yang telah dikurniakan daripada Allah SWT kepada kita, Syukur terdiri dari pada 3 aspek. Iaitu..
Pertama Syukur dengan hati, Kedua Syukur dengan lisan dan yang terakhir, Syukur
dengan perbuatan.
Syukur dengan hati, iaitu menyadari dan menyakini bahwa semua nikmat dan
karunia yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya. Syukur
dengan lisan, iaitu dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya. Syukur
dengan perbuatan, iaitu taat beribada kepada-Nya dan menggunakan karunia
itu untuk kebaikan.
Kenapa kita harus bersykur.. Ini
adalah kerana segala keresahan, kegelisahan dan ketakutan terhadap apa yang
dibayangkan mengenai segala yang tidak mampu dimiliki olehnya, akan hilang. Dan apa yang kita rase kurang selama ini
adalah sudah mencukupi. Ini kerana jika ingin dibandingkan dengan orang yang
lebih susah. Kita jauh lebih bertuah
daripada dia.
Oleh itu marilah kita sama-sama
tanamkan didalam hati kita untuk sentiasa bersyukur atas apa yang telah
dikurnuiakan untuk kita. Wallahu’Alam….
“Ya
Allah, Jadikanlah aku umat yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang
dikurniakan oleh Mu” Amin~
P/S
: firman Allah s.w.t.: “Maka
ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan
janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).
firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari
(nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”(Surah Ibrahim, ayat 7).