Khamis, 20 Jun 2013

Syukur



Assalamualaikum… dah lame tak pengang keyboard… terasa rindu dak nak update blog yang tak seberapa ini… Kakakang aku rase apa yang aku miliki ini serba kekurangan.. tetapi sebenarnya ia jauh lebih baik dari apa yang ku sangkakan… 

Kenapa perasaan ini timbul di dalam hati kecil ini… Jawapannya hanya ada satu… kerna hati ini masih tidak mengenal apa itu yang dikatakan dengan syukur dan kerana hati ini masih belum faham kenapa kita mesti bersyukur…

Syukur… syukur adalah rasa puas , langkap atau segalanya telah mencukupi yang hadir di dalam hati dengan segala kenikmatan yang telah dikurniakan daripada Allah SWT kepada kita,  Syukur terdiri dari pada 3 aspek. Iaitu.. Pertama Syukur dengan hati, Kedua Syukur dengan lisan dan yang terakhir, Syukur dengan perbuatan.

Syukur dengan hati, iaitu menyadari dan menyakini bahwa semua nikmat dan karunia yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya. Syukur dengan lisan, iaitu dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya. Syukur dengan perbuatan, iaitu taat beribada kepada-Nya dan menggunakan karunia itu untuk kebaikan.

Kenapa kita harus bersykur.. Ini adalah kerana segala keresahan, kegelisahan dan ketakutan terhadap apa yang dibayangkan mengenai segala yang tidak mampu dimiliki olehnya, akan hilang.  Dan apa yang kita rase kurang selama ini adalah sudah mencukupi. Ini kerana jika ingin dibandingkan dengan orang yang lebih susah. Kita jauh  lebih bertuah daripada dia.

Oleh itu marilah kita sama-sama tanamkan didalam hati kita untuk sentiasa bersyukur atas apa yang telah dikurnuiakan untuk kita. Wallahu’Alam….

“Ya Allah, Jadikanlah aku umat yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Mu” Amin~

P/S : firman Allah s.w.t.: “Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).

firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”(Surah Ibrahim, ayat 7).


1 ulasan:

  1. Hmm,bersyukur tu mmg penting dlm hidup kita sbg muslim..kkdg ssah nk bersyukur ni sebenarnya..tp klo kita dpt genggam syukur tu,alangkah bertuahnya diri sbb tak smua org mmpu buat.Rasulullah sendiri menzahirkan rasa syukur baginda dgn buat solat mlm,sampai bengkak kaki walaupun bginda dah dijamin masuk syurga..apatah lg kita yg xdijamin lg ni..lg la perlu buat lg byk..so,nice sharing :) just keepin dakwah sbb semua umat islam bertanggungjawab mnjalankannya..thanks for the reminder.. selangkah kita menuju Allah,Allah berlari-lari kpd kita :)

    BalasPadam