Teringat pula kepada satu hadis yang terdapat di rancangan Halaqah Sentuhan Qalbu… Hadis yang menyentuh tentang hati manusia…
Maksudnya : Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Cuba kita Renungkan sejenak… Adakah hati ini Baik seperti yang dikatakan di dalam hadis tersebut.. Hati yang mampu mengawal nafsu kita dan Hati yang mampu mendorong kita untuk menjadi Insan yang baik keseluruhannya…. Baik dari segi akhlaknya…. Baik dari segi pemikirannya… Baik dari segi percakapannya…. Dan Baik dari segi Perbuatanya....
Atau pun hati kita sudah menjadi seketuk daging yang telah rosak… Hati yang tidak mampu mengawal nafsu didada.. Hati yang sering mendorong kita untuk melalukan kemaksiatan…. Hati yang sering mendorong kita untuk melakukan perkara yang dilarang oleh NYA…
Renungkanlah sebentar.. begaimanakah keadaan hati kita adakah ia seketul daging yang baik ataupun seketul hati yang telah rosak.. Jika ia seketul daging yang baik berusahalah untuk menjaga ia sepaya ia kekal dalam keadaan yang baik.. Jika ia seketul daging yang rosak berusahalah untuk menjadikan ia seketul daging yang baik….
Akhir kata Selamat Berusaha, sekian… Wasalam…
yeay!
BalasPadam