Assalamualaikum…. Kali ini aku ingin menyentuh tentang diri dan Islam… Adakah kita tahu dimanakah letaknya Islam di dalam diri kita… Adakah mungkin ia hanya terletak pada Kad Pengenalan kita, pada Nama kita, pada Keturunan kita, atau pada sifat, akhlak dan tingkah laku kita…
Kekadang Ku terfikir…. Adakah diri kita layak untuk di gelar sebagai seorang islam Jika kita tidak tahu apa itu yang dikatakan dengan Islam, Apa itu Dua kalimah Syahadat, Apa itu Solat, Apa itu Puasa, Apa itu Zakat, Apa itu Ibadat Haji, Apa itu Halal , dan Apa itu Haram…
Jika kita mengerti akan kesemua itu, adakah kita telah layak untuk digelar sebagai seorang Islam, bahkan diri kita sering sahaja melakukan maksiat dengan meneguk arak, berzina, berjudi, mencuri serta melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT..
Dan jika diri kita tidak melakukan perkara tersebut adakah diri kita telah layak untuk digelar sebagai seorang Islam, walhal kita tidak pernah melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. seperti bersujud sebagai tanda mengabdikan diri kita kepada Nya..
Renungkanlah sejenak di manakah Islam yang pada diri kita… Dan janganlah kita mempersia-siakan nikmat Islam yang telah diberikan kepada kita… serta berusahalah untuk mendalami apa itu yang dikatakan dengan Islam agar kita lebih memahaminya dan lebih mencintainya..
Oleh itu, Jika diri kita sudah jauh daripadanya.. berusahalah untuk mendekatkan kembali diri kita kepadanya.. Dan jika ia telah hilang dari diri kita.. Berusahalah untuk mencarinya serta menanamkannya ke dalam diri kita semula. .. Agar diri kita tidak menyesal Di Akhirat sana….
Sekian.. Assalamualaikum…
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.
Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardhukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadhan.
salam ukhwah..
BalasPadamada improvement dlm berblogging
ahsanta ! :)