Isnin, 28 November 2011

Hijrah......

    HIJRAH….. Apa yang dimaksudkan dengan Hijrah….. Erm….. sebelum saya bercerita @ memberi pendapat tentang hijrah…. Saya ingin mengucapkan….. Selamat Menyambut Awal Muharam 1433H

Hijrah….Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.

Hijrah juga boleh di definisikan sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Berdasarkan maksud diatas  jelas menunjukkan bahawa hijrah itu akan terus berlaku dalam kehidupan umat Islam. Tidak kira... siapa diri kita.... muda, tua... kaya, miskin.... berilmu mahupun tidak berilmu....  Hijrah itu mestilah dilakukan pada setiap masa... untuk memperbaiki serta meninggalkan segala kesalahan atau kesilapan yang telah kita lakukan... 

Akhir kata.... Beruahalah untuk melakukan penghijrahan... Daripada jahil kepada berilmu.... Daripada Susah ( miskin ) kepada Senang ( Kaya @ tidak miskin ) dan..  Daripada sering malakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT kepada melakukan segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.. 

Berusahalah.... kerana Hijrah itu sangat dituntut dalam Islam... RENUNGKANLAH... Wallahu’Alam... 

PS : Dari Muawiyah r.a. berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hijrah itu tidak akan terhenti sehinggalah tertutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya.''

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari no 6484)

“Semoga keimanan dan ke-Islam-an kita lebih baik pada tahun-tahun yang akan datang. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”



Khamis, 10 November 2011

Doa…

Doa….. Ramai yang tidak mengetahui “Doa Itu Adalah Senjata Bagi Orang Muslim”. Kenapa ia adalah senjata bagi orang Muslim? Ini kerana Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Pengasih, Dan Maha Penyayang…

 Apa itu yang dimaksudkan dengan Doa @ Berdoa???  Doa adakah memohon atau meminta suatu yang bersifat baik kepada Allah SWT seperti meminta keselamatan hidup, rezeki yang halal dan keteguhan iman.

Apa tujuan kita Berdoa??? Kita berdoa mungkin untuk memohon agar hidup kita sentiasa di dalam bimbingan Allah SWT, mungkin untuk meminta keselamat dunia dan akhirat, mungkin  untuk mengungkapkan rasa syukur kepada Allah SWT, atau mungkin untuk meminta perlindungan Allah SWT dari Syaitan  yang terkutuk…

Susahkah untuk kita  berdoa??? Tidak… Dengan Hanya mengangkat kedua tangan dan memohon apa yang dihajatkan daripada NYA , bukankah ia adalah sesuatu yang mudah…( Jangan hanya meminta… perintah dan larangannya kenalah kita patuhi juga ).

 Lamakah masa yang diambil  untuk kita berdoa??? Tidak…. Mungkin hanya beberapa minit….  Adakah beberapa minit untuk kita berdoa itu adalah satu tempoh masa yang panjang …. Jika hendak dibandingkan dengan masa kita bergembira… berhibur… bekerja dan sebagainya…

Oleh itu luangkanlah sedikit masa untuk kita berdoa kepada NYA… tidak kira dimana kita berada…  dan bagaimana situasi diri kita ketika itu…. Mungkin ketika itu kita susah atau mungkin ketika itu kita senang….. 

Akhir kata ingatlah… “Doa Itu adalah senjata bagi orang Muslim”…  Dan Janganlah kita berdoa ketika kita berada didalam kesusahan sahaja….. Kerana doa itu  bukan untuk orang yang berada di dalam kesusahan… RENUNGKANLAH….. Wallahu’alam….

PS :  Firman Allah Di Dalam Al-Quran : "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." (Surah Ghafir: 60)


Antara Adab Berdoa :
  • Menghadap ke Kiblat / Ka'bah
  • Sebelum berdoa membaca basmalah, istighfar dan hamdalah. Kemudian diikuti salawa nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.
  • Mengangkat kedua telapak tangan sebelum berdoa dan mengusap muka dengan telapak tangan setelah doa.
  • Melembutkan suara dan tenang saat berdoa
  • khusyuk, ikhlas dan serius
  • Berharap agar doanya diterima Allah SWT
  • Berdoa berulang-ulang di lain waktu untuk menunjukkan keseriusan kita agar dikabulkan oleh Allah SWT
  •  Setelah berdoa ditutup dengan salawat nabi dan pujian pada Allah SWT

Antara waktu mustajab untuk berdoa :
  • Ketika Hendak Solat (terutamanya waktu Qiamulail)
  • Waktu Di Antara Azan Dan Iqamah
  • Ketika Sujud Dalam Solat
  • Selesai Solat Fardhu
  • Ketika Berpuasa Dan Berbuka Puasa
  • Malam Lailatul Qadar
  • Ketika Khatam 30 Juzuk Al-Quran
  • Sepanjang Hari Jumaat (dengan harapan dapat bersua dengan waktu mustajab doa)
  • Sepanjang Bermusafir
  • Ketika Berjihad atau Melaksanakan Haji Atau Umrah
  • Ketika Iman Meningkat Mentaati Allah
  • Waktu Menerima Ujian
  • Ketika Tentera Islam Menghadapi Musuh
  • Ketika Ayam Berkokok
  • Ketika Sedang Hujan
  • Doa Ketika Hari Arafah

Antara orang yang doanya mudah dimakbulkan : 
  • Orang yang berada di dalam kesusahan 
  • Anak yang solah dan mentaati kedua ibu bapa
  • Ibu bapa terhadap anak-anak
  • Orang yang bermusafir
  • Orang yang berpuasa hingga berbuka
  • Para pemimpin yang adil
  • Orang yang dizalimi
  • Orang muslim terhadap saudaranya tanpa diketahui saudaranya.. 


    Rabu, 9 November 2011

    Korban @ Pengorbanan…..


         SESUNGGUHNYA Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di Dunia ini. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji.

         Di mana pada hari tersebut terdapat sebahagian besar umat islam di seluruh dunia mengambil kesampatan untuk menunaikan ibadah korban( Qurban ) dan menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci, Makah. 

         KORBAN diambil daripada Bahasa Arab iaitu “ Qurban” yang membawa maksud menghampirkan diri atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perkataan Qurban adalah sinonim dengan perkataan “al-Udhhiyah” yang bermaksud “sembelihan”. Dari segi syara’ pula, ia memberikan pengertian  “menyembelih binatang yang dikhususkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah yang dilakukan pada waktu yang tertentu”.

         Pada hari mulia ini juga kita sering teringat atau diingatkan kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian. Peristiwa itu sebenarnya satu simbolik kepada umat Islam mentaati Allah dengan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkanNya.

          Pada hakikatnya, pengertian korban bukan sekadar menyembelih binatang korban dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin, tetapi falsafah korban itu merangkumi aspek yang lebih luas. Korban juga boleh dinilai daripada pelbagai aspek yang boleh  menunjukkan ketaatan kita terhadap apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. 

         Ini termasuklah pengorbanan antara seorang manusia dengan manusia yang lain dan secara individu, umpamanya pengorbanan isteri terhadap suami dan anak-anak, anak terhadap kedua ibu bapa, begitu juga ibu bapa yang sanggup berkorban demi anak-anak tercinta. 

        Berjuang  untuk menegakkan dan menyebarkan Agama Islam juga boleh dikatakan sebagai satu pengorbanan, ini kerana , ibadat korban yang dituntut oleh Islam bertujuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan mematuhi segala suruhanNya… 

         Pengorbanan  bukan sahaja boleh dilakukan dengan menggunakan wang ringgi dan harta semata-mata, ia juda boleh dilakukan dengan pelbagai cara…. RENUNGKANLAH... Wallahu'alam.....

    PS: Firman Allah SWT Di Dalam Al-Quran : “ Berjuanglah kamu dengan harta dan dirimu (jiwa raga ) kejalan Allah, itu yang paling baik untuk kamu kalau kamu mengetahui” ( Surah : Al-Taubah: 41).