HIJRAH….. Apa yang dimaksudkan dengan Hijrah….. Erm….. sebelum saya bercerita @ memberi pendapat tentang hijrah…. Saya ingin mengucapkan….. Selamat Menyambut Awal Muharam 1433H…
Hijrah….Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.
Hijrah juga boleh di definisikan sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.
Berdasarkan maksud diatas jelas menunjukkan bahawa hijrah itu akan terus berlaku dalam kehidupan umat Islam. Tidak kira... siapa diri kita.... muda, tua... kaya, miskin.... berilmu mahupun tidak berilmu.... Hijrah itu mestilah dilakukan pada setiap masa... untuk memperbaiki serta meninggalkan segala kesalahan atau kesilapan yang telah kita lakukan...
Akhir kata.... Beruahalah untuk melakukan penghijrahan... Daripada jahil kepada berilmu.... Daripada Susah ( miskin ) kepada Senang ( Kaya @ tidak miskin ) dan.. Daripada sering malakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT kepada melakukan segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT..
Berusahalah.... kerana Hijrah itu sangat dituntut dalam Islam... RENUNGKANLAH... Wallahu’Alam...
PS : Dari Muawiyah r.a. berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hijrah itu tidak akan terhenti sehinggalah tertutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya.''
Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari no 6484)
“Semoga keimanan dan ke-Islam-an kita lebih baik pada tahun-tahun yang akan datang. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan