Rabu, 9 November 2011

Korban @ Pengorbanan…..


     SESUNGGUHNYA Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di Dunia ini. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji.

     Di mana pada hari tersebut terdapat sebahagian besar umat islam di seluruh dunia mengambil kesampatan untuk menunaikan ibadah korban( Qurban ) dan menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci, Makah. 

     KORBAN diambil daripada Bahasa Arab iaitu “ Qurban” yang membawa maksud menghampirkan diri atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perkataan Qurban adalah sinonim dengan perkataan “al-Udhhiyah” yang bermaksud “sembelihan”. Dari segi syara’ pula, ia memberikan pengertian  “menyembelih binatang yang dikhususkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah yang dilakukan pada waktu yang tertentu”.

     Pada hari mulia ini juga kita sering teringat atau diingatkan kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian. Peristiwa itu sebenarnya satu simbolik kepada umat Islam mentaati Allah dengan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkanNya.

      Pada hakikatnya, pengertian korban bukan sekadar menyembelih binatang korban dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin, tetapi falsafah korban itu merangkumi aspek yang lebih luas. Korban juga boleh dinilai daripada pelbagai aspek yang boleh  menunjukkan ketaatan kita terhadap apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. 

     Ini termasuklah pengorbanan antara seorang manusia dengan manusia yang lain dan secara individu, umpamanya pengorbanan isteri terhadap suami dan anak-anak, anak terhadap kedua ibu bapa, begitu juga ibu bapa yang sanggup berkorban demi anak-anak tercinta. 

    Berjuang  untuk menegakkan dan menyebarkan Agama Islam juga boleh dikatakan sebagai satu pengorbanan, ini kerana , ibadat korban yang dituntut oleh Islam bertujuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan mematuhi segala suruhanNya… 

     Pengorbanan  bukan sahaja boleh dilakukan dengan menggunakan wang ringgi dan harta semata-mata, ia juda boleh dilakukan dengan pelbagai cara…. RENUNGKANLAH... Wallahu'alam.....

PS: Firman Allah SWT Di Dalam Al-Quran : “ Berjuanglah kamu dengan harta dan dirimu (jiwa raga ) kejalan Allah, itu yang paling baik untuk kamu kalau kamu mengetahui” ( Surah : Al-Taubah: 41).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan