Sunggguh bertuah pada siapa yang mampu untuk menetapkan apa yang berada di dalam hatinya… seperti perasaan marah, benci, suka, mahupun cinta…. Jika hati ini mampu menetapkan siapa untuk di benci mungkin tiada siapa yang terdapat di situ… jika hati ini mampu menetapkan siapa untuk di sukai… mungkin semua orang terdapat di situ…. Jika hati ini mampu menetapkan siapa untuk di cintai atau apa untuk di cintai…. Sudah tentu Allah SWT yang paling utama…. Diikuti oleh Nabi Muhammad SAW, seterusnya diikuti oleh kedua ibu bapa, dan yang terakhir… cinta kepada orang yang boleh membahagiakan kita, mencintai kita, dan menghargai cinta yang telah kita berikan kepadanya….
Tetapi kita hanya manusia yang lemah, mungkin tidak mampu bagi kita untuk menetapkan kesemua itu untuk berada di dalam diri hati kita.. Oleh itu berusaha untuk mengawal perasaan yang berada di dalam hati kita dengan sebaik mungkin dan sentiasa menetapkan dihati kita untuk mencintai Allah SWT. Kerana cinta yang hakiki itu adalah Cinta kepada Allah SWT…. RENUNGKANLAH….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan