Bila sebut Maulidur Rasul tidak ramai yang tahu mengenainya…. Cuba sebut tentang valentine day…. Pasti ramai yang mengetahuinya padahal ia bukanlah hari yg penting di dalam islam dan kita juga dilarang untuk menyambutnya.….
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah dimana hari tersebut adalah Hari keputeraan Nabi Muhammad. Yang jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal ( Hari Isnin )(Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.. Pasti ramai yang tidak mengingati tarikh tersebut… cuba kita tanya pada diri kita bila tarikh lahir Girl Friend atau Boy Friend kita… pasti kita sentiasa mengingatinya…
Semperna hari keputeraan Nabi Muhammad ( Maulidur Rasul ) yang baru berlalu cuba kita RENUNGKANLAH… sebentar tentang pengorbanan dan cinta Rasulullah SAW Terhadap diri kita sebagai umatnya…
Cuba kita renungkan Sejenak tentang peristiwa Israk Mikraj.. Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.
Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.
Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja. Lihatlah Bertapa sayangnya Rasullullah terhadap kita sebagai umatnya…
Cuba kita mengingatkan kembali akan Peristiwa Ketika Nabi Muhammad SAW ingin wafat.. Sebelum Nabi Muhammad SAW menghembuskan nafas yang terakhir (WAFAT), antara perkataan akhir yang disebut oleh NabiMuhammad SAW ialah “ummati, ummati” (umatku, umatku)… ini membuktikan sungguh cinta dan kasihnya Nabi Muhammad SAW terhadap diri kita Sebagai Umatnya….. Sehinggakan ketika Nabi ingin wafat Dia tetap mengingati kita..
Oleh itu sebagai Umat Nabi Muhammad SAW marilah kita bersama-sama mendekatkan diri kita kepada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW iaitu Agama ISLAM dengan melaksanakan segala perintah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan meninggalkan perkara yang dicegak oleh Allah SWT. Dan menanamkan perasaan cinta terhadap baginda, Nabi Muhammad SAW Dengan Berselawat kepada baginda. Agar diri kita mendapat syafaat-Nya diakhir akhirat InsyaAllah.. Wallahu’Alam…
PS : Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"
Sahabat menjawab :
"Para malaikat Ya Rasulullah"
Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"
Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"
Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"
Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"
Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"
Hadith Dan Ayat Al-Quran:
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
JOM KITA BERSELAWAT :