Isnin, 21 Mac 2011

Kenikmatan Yang Sementara....


Mukngkin hari ini kita kaya…
Mungkin hari ini kita sihat…
Mungkin ari ini kita boleh melihat…
Mungkin hari ini kita boleh berjalan….
Tetapi semua kenikmatan itu bukan kekal untuk selamanya…
Ia adalah pinjaman bagi kita yang hanya sementara….
Mungkin esok kita miskin…
Mungkin lusa kita sakit…
Mungkin bulan hadapan kita buta…
Mungkin tahun hadapan kita lumpuh….
Tetapi yang paling pasti semua itu akan ditarik semula…
Apibala ajal datang menjemput kita…
Sedarlah wahai teman….
Janganlah kita terlalu bangga dengan apa yang kita perolehi hari ini….
Kerana kenikmatan itu hanyalah pinjaman untuk kita….
Dan ia hanyalah bersifat sementara….

P/S: Oleh itu kita mestilah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan....    RENUNGKANLAH....


Jumaat, 18 Mac 2011

Ketabahan......


Ada seorang nie namanya Ali. Dia baru sahaja kehilangan ayah dan ibunya.. dia merasa terlalu sedih dan merasakan dirinya terlalu malang kerana sudah kehilangan kedua ibu bapanya.. Pada suatu hari Ali melihat ada seseorang yang sedang menangis kesedihan… Dia bertanya kepada orang tersebut kenapa orang tersebut menangis… Rupa-rupanya orang tersebut menangis kerana beliau tidak dapat merasakan kasih sayang dari kedua ibu bapanya walaupun kedua ibu bapa nya masih hidup, kerana ibu bapanya sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing… Lalu Ali pun merasakan orang tersebut adalah orang yg lebih malang dari dirinya kerana beliau tidak dapat merasakan kasih sayang dari ibu dan bapanya… Keesokan harinya di dalam perjalanan pulang ke rumah, Ali ternampak ada seorang budak yang sedang menangis… Ali pun bertanya kepada budak tersebut kenapa beliau menangis. Budak tersebut berkata “saya sedih kerana ibu bapa saya membuang saya, kerana saya adalah anak luar nikah dari ibu bapa saya… “. Ali pun memujuk budak tersebut supaya jangan bersedih. Tiba-tiba budak itu tersenyum… Ali pun bertanya “kenapa adik tersenyum”. Dan budak itu berkata “ saya tersenyum kerana saya rasa ada orang yang lagi malang dari saya”. Ali pun bertanya kepada budak tersebut “ siapakah yang adik maksudkan”. Budak itu pun menjawab “ bayi yang digugurkan di dalam kandungan, kerana bayi tersebut tidak dapat melihat dunia dan digugurkan oleh ibunya sendiri”.. Selepas itu Ali pun meneruskan perjalanan ke rumahnya … Di dalam perjalanan itu Ali terfikir bahawa ada org yang lagi malang dari dirinya kerana tidak dapat merasakan kasih sayang dari ibu dan bapa meraka… Sedangkan dia masih dapat merasa kasih sayang dari ibu dan bapanya walaupun cuma seketika jika hendak dibandingkan dengan orang-orang yang beliau jumpa….. Dan Ali pun terfikir bahawa bayi yang digugurkan itu pun tidak lah terlalu malang kerana bayi tersebut terselamat dari melalukan dosa-dosa didunia ini..... TAMAT..

 P/S: Jika kita berada di dalam kesusahan tabahlah menghadapinya.. kerana mungkin ada orang yang lebih susah daripada kita... Dan ingatlah... Segala ketentuan yang ditentukan oleh Allah itu tidaklah sia-sia.... RENUNGKANLAH....

Khamis, 17 Mac 2011

Renungan Untuk Semua...


Hati ku....
Dahulu gelap dan hitam pula....
Seperti malam tanpa cahaya....
Mengapa????
Kerana dosa banyak tak terkira....
Kerana pahala tak selalu dicuba...

Hati ku....
Makan minum tak pernah dijaga....
Halal haram dibelasah semua....
Janji hilang lapar dahaga....
Janji puas nafsu di dada....

Hati ku...
Sering lalai menyaksikan dunia....
Dunia sekitar amat menggoda...
Semua cuba mengheret kita ke neraka..
Ku sedar tapi sebenarnya lupa....

Hati ku...
Zikir dan Quran tak pernah dibaca...
Solat pun macam nak taknak je...
Sedekah pula usah dicerita...
Puasa ramadhan tak mau juga....

Hati ku...
Pintu taubat masih terbuka...
Bersihkjan hati tambahkan pahala...
Jangan tunggu esok dan lusa....
Kerana mati tak kenal usia...
Kerana neraka sudah tersedia...
Untuk hamba yang duhaka....
SATU PENGINGATAN UNTUK DIRI DAN SEMUA....

Ayah Yang Tercinta,,,


Ayah.
Kaulah yang membesarkanku dari kecik hingga kini,
Jika di fikirkan jasamu terlalu banyak untukku,
Kua menatangku seperti minyak yang penuh,
Kau mengajar ku apa itu erti sebuah kehidupan,
Kau memberi didikan agama yang secukupnya kepada ku.

Ayah…..
Masih ku ingat lagi di hari pertama persekolahan ku.
Kau yang menghantarku,
Kau menemankanku sehingga aku sampai ke kelas,
Pabila selesai waktu persekolahan kau telah menungguku di hadapan kelas.
Kau tetap akan menghantarku ,menjemputku walaupun kau sibuk atau penat bekerja.

Ayah kau memang seorang ayah yang terbaik,
Kau tidak pernah jemu dan mengeluh mencari rezeki,
Setelah pulang dari kerja kau terus melayan segala kerenah ku,
Walaupun sudah penat bekerja kau tetap melayan ku.
Ku masih teringat sewaktu kau baru pulang dari bekerja,
Kau kelihatan begitu penat dan letih sekali,
Tetapi kau tidak pernah mengeluh malah kau masih boleh tersenyum pabila melihat ku.

Oh….
Masih teringatku sewaktu kau memarahi ku disebabkan kenakalan ku.
Aku merajuk sehingga tidak mahu turun untuk makan.
Kau terus memujuk ku walaupun kau tahu bahawa memang patut kau memarahi ku.

Ayah…
Kadang kala kau tak seramah ibuku,
Tapi ku tahu itu bukan bermaksud kau memarahi ku
Bukan bermaksud kau tidak mengambil berat terhadap diri ku.
Ku tahu kau bersikap begitu kerana kau terlalu penat bekerja.
Ku juga tahu kau selalu bertanya kepada ibu ku , kemana aku, sihat kah aku, dah makan ke aku, dan sebagainya.

Ayah…. Kau memang seorang ayah yang penyayang
Tanpa mu tiada lah aku.
Tanpa mu siapalah aku.
Jika kau tiada siapakah yang akan mendidik ku.
Jika kau tiada siapakah yang akan membesarkan ku
Jika kau tiada siapakah yang akan membiaya pengajian ku.
Ayah…. Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat mu sebagai ayah di hati ku..

Ayah…..
Ku tidak tahu adakah diri ini sempat berjasa kepada mu,
Adakah sempat untuk aku menyenangkan hati mu.
Adakah sempat untuk aku menjaga mu seperti mana kau menjaga ku…..

Ya ALLAH ku bersyukur kepada mu, kerana mengurniakan aku seorang ayah yang penyayang sepertinya….


“Ya ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kau ampunilah dosa kedua ibubapa ku, Kau kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku sejak kecil.Ya ALLAH kau tempatkanlah mereka ditempat orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal alamin………”


P/S: sedarlah wahai teman, ayah kita hanya seorang tiada orang lain yang boleh menggantikannya, dikesempatan ini berjasalah kepadanya selagi beliau masih ada didunia . Jika nak dibandingkan jasa beliua kepada kita memang tidak terkira seperti pasir dipantai. Bagi sesiapa yang ayahnya sudah dipanggil terlebih dahulu sedekahkanlah AL-FATIHAH kepadanya dan berdoalah semoga beliau ditempatkan diantara orang-orang yang beriman. Amin……


Untuk Mu Ibu....

Ibu….
Kau ibarat pelita yang menerangi malam,
Kau mendidik ku sejak aku lahir sehingga kini,
Tampa mu siapalah aku.
Jika aku hendak membalas jasa mu,
Ku rasa sehingga akhir hayat ku pun tak terbalas segala jasa mu.

Ibu...
Ku ingat lagi sewaktu aku di alam persekolahan.
Kau lah yang menyiapkan segala kelengkapan ku untuk ku ke sekolah.
Kau bangun seawal pagi untuk menyiapkan sarapan untuk ku.
Pabila aku pulang dari sekolah kau telah menyiapkan makanan untuk ku.
Kau tak pernah mengenal erti penat, Selagi belum selesai semua tugasan mu....

Ibu,
Kau memang seorang ibu yang terbaik.
Ku ingat lagi sewatku beberapa hari hendak menjelangnya hari raya.
Kau membelikan ku pakaian baru…
Sedangkan diri mu tidak mempunyai pakaian yang baru.
Kau mendahulukan diriku terlebih dahulu sebelum dirimu.
Jika aku bertanya “mana baju ibu”.
Ibu ku menjawap “ ibu sudah membeli terlebih dahulu”.
Sedangkan sebenarya ibu memang tidak pernah memikirkan pakaian untuk dirinya kerana memikirkan diriku terlebih dahulu.

Oh…..
Masih ku ingat lagi diwaktu aku dimarahi oleh ayah ku,
Ibu lah yang meyelamatkan ku daripada dimarahi.
Kadangkala ibu ku sanggup dirinya dimarahi oleh ayahku untuk menyelamatkan ku.
Tetapi jika hendak difikirkan memang patut diri ku dimarahi oleh ayahku disebabkan kenakalan ku.

Kadangkala…
Apabila aku ingatkan kembali,
Di sepanjang hidup ku sehingga kini hanya beberapa kali sahaja aku menyenangkan hati ibu .
Ku rasa diri ini hanya pandai menyusahkan ibuku sahaja.
Setelah selesai satu masalah satu masalah aku tiumbulkan.
Tetapi ibu tidak pernah mengeluh.

Kini…
Dirimu semakin hari semakin dimakan usia.
Entah sempat lagikah untuk diri ini berjasa kepada mu.
Tetapi aku bersyukur kerana diri ini sedar semasa kau masih ada di dunia ini.
Tak terbayang oleh ku jika diri ini sedar semasa kau sudah tiada di dunia ini.
Sungguh berdosanya aku…..
Ibu…………………. Maafkan aku ibu,.


Ibu…
Ku tahu syurga itu terletak di bawah terlapak kaki mu.
Ku tahu jika kau tiada di muka bumi ini tiadalah aku.
Jika kau tiada siapalah aku.

Ibu ku memohon pada mu sekali lagi maafkanlah diri ini,
Selama ini aku tak pernah sedar akan kesalahan ku.
Kau memang ibu yang terbaik.
Kaulah ibuku yang satu.
Tiada siapa yang boleh menggantikan dirimu sebagai ibu untuk ku.
Ku memohon sekali lagi maafkan aku ibu…………..


“Ya ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kau ampunilah dosa kedua ibubapa ku, Kau kasihanilah mereka seperti mana meraka mengasihaniku sejak kecil. Ya ALLAH kau tempatkanlah mereka ditempat orang-orang yang beriman.
Amin ya rabbal alamin………”


P/S: sedarlah wahai teman ibu kita hanya seorang tiada orang lain yang boleh menggantikannya, dikesempatan ini berjasalah kepadanya selagi beliau masih ada didunia . Jika nak dibandingkan jasa beliua kepada kita memang tidak terkira seperti pasir dipantai. Bagi sesiapa yang ibunya sudah dipanggil terlebih dahulu sedekahkanlah AL-FATIHAH kepadanya dan berdoalah semoga beliau ditempatkan diantara orang-orang yang beriman. Amin…… 

KEMATIAN ITU TIDAK MENGENAL SIAPA KITA...

Tidak semestinya bayi yg baru lahir akan hidup untuk berpuluh tahun lg...
Tidak semestinya orang yg sudah tua akan meninggal peda keesokan harinya...
Tidak semestinya orang yang kurang makan akan meninggal terlebih dahulu...
Tidak semestinya orang yang cukup makan akan hidup lebih lama...
Tidak semestinya orang yang hidup merempat akan dijemput terlebih dahulu....
Tidak semestinya orang yg hidup mewah akan dijemput kemudian....
Tidak semestinya orang yg sakit akan meninggal terlebih dahulu...
Tidak semestinya orang yg sihat akan dapat hidup untuk tempoh yg lama...
Oleh itu sedarlah wahai teman...
Berusahalah untuk menjadi yang terbaik sebelum terlambat....
Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini....
Sesungguhnya KEMATIAN ITU TIDAK MENGENAL SIAPA KITA...
RENUNGKANLAH........



PS:" Orang yg paling pandai adalah orang yg sentiasa mengingat akan kematian...
        Dan perkara  yang paling hampir dengan kita adalah KEMATIAN...."


Kehidupan Ibarat Sebuah Perjalanan




Hidup ini boleh diibarat seperti berada di dalam sebuah perjalanan…
Kita boleh menentukan arah tuju kita sama ada baik atau sebaliknya….
Tak semestinya jalan yg baik itu selalunya sanang dan tidak bayak halangannya…
Tapi kita tidak boleh menjadikannya sebagai alasan untuk kita mengambil jalan yang mudah…
Dan tidak semestinya jalan yang mudah itu akan membawa kita ke jalan yg benar…
Selagi kita masih belum sampai ke destinasinya kita boleh mengubah arah perjalanan kita…
Kembalilah ke pangkal jalan jika kita sudah jauh tersasar sebelum kita terlambat….
Jika kita sudah berada di jalan yang benar teruskanlah perjalanan tersebut dan jangan biarkan ia tersasar…
Jika jalan itu terlalu gelap gunakanlah iman yang ada untuk menerangi jalan tersebut…
Jika kita sudah tersesat gunakanlah ilmu yang ada untuk kembali ke jalan yg benar….
Berusahalah untuk sampai ke destinasi yang benar…
Agar kita dapat hidup dalam kebahagia di penghujungnya….
RENUNGKANLAH….