Khamis, 17 Mac 2011

Untuk Mu Ibu....

Ibu….
Kau ibarat pelita yang menerangi malam,
Kau mendidik ku sejak aku lahir sehingga kini,
Tampa mu siapalah aku.
Jika aku hendak membalas jasa mu,
Ku rasa sehingga akhir hayat ku pun tak terbalas segala jasa mu.

Ibu...
Ku ingat lagi sewaktu aku di alam persekolahan.
Kau lah yang menyiapkan segala kelengkapan ku untuk ku ke sekolah.
Kau bangun seawal pagi untuk menyiapkan sarapan untuk ku.
Pabila aku pulang dari sekolah kau telah menyiapkan makanan untuk ku.
Kau tak pernah mengenal erti penat, Selagi belum selesai semua tugasan mu....

Ibu,
Kau memang seorang ibu yang terbaik.
Ku ingat lagi sewatku beberapa hari hendak menjelangnya hari raya.
Kau membelikan ku pakaian baru…
Sedangkan diri mu tidak mempunyai pakaian yang baru.
Kau mendahulukan diriku terlebih dahulu sebelum dirimu.
Jika aku bertanya “mana baju ibu”.
Ibu ku menjawap “ ibu sudah membeli terlebih dahulu”.
Sedangkan sebenarya ibu memang tidak pernah memikirkan pakaian untuk dirinya kerana memikirkan diriku terlebih dahulu.

Oh…..
Masih ku ingat lagi diwaktu aku dimarahi oleh ayah ku,
Ibu lah yang meyelamatkan ku daripada dimarahi.
Kadangkala ibu ku sanggup dirinya dimarahi oleh ayahku untuk menyelamatkan ku.
Tetapi jika hendak difikirkan memang patut diri ku dimarahi oleh ayahku disebabkan kenakalan ku.

Kadangkala…
Apabila aku ingatkan kembali,
Di sepanjang hidup ku sehingga kini hanya beberapa kali sahaja aku menyenangkan hati ibu .
Ku rasa diri ini hanya pandai menyusahkan ibuku sahaja.
Setelah selesai satu masalah satu masalah aku tiumbulkan.
Tetapi ibu tidak pernah mengeluh.

Kini…
Dirimu semakin hari semakin dimakan usia.
Entah sempat lagikah untuk diri ini berjasa kepada mu.
Tetapi aku bersyukur kerana diri ini sedar semasa kau masih ada di dunia ini.
Tak terbayang oleh ku jika diri ini sedar semasa kau sudah tiada di dunia ini.
Sungguh berdosanya aku…..
Ibu…………………. Maafkan aku ibu,.


Ibu…
Ku tahu syurga itu terletak di bawah terlapak kaki mu.
Ku tahu jika kau tiada di muka bumi ini tiadalah aku.
Jika kau tiada siapalah aku.

Ibu ku memohon pada mu sekali lagi maafkanlah diri ini,
Selama ini aku tak pernah sedar akan kesalahan ku.
Kau memang ibu yang terbaik.
Kaulah ibuku yang satu.
Tiada siapa yang boleh menggantikan dirimu sebagai ibu untuk ku.
Ku memohon sekali lagi maafkan aku ibu…………..


“Ya ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kau ampunilah dosa kedua ibubapa ku, Kau kasihanilah mereka seperti mana meraka mengasihaniku sejak kecil. Ya ALLAH kau tempatkanlah mereka ditempat orang-orang yang beriman.
Amin ya rabbal alamin………”


P/S: sedarlah wahai teman ibu kita hanya seorang tiada orang lain yang boleh menggantikannya, dikesempatan ini berjasalah kepadanya selagi beliau masih ada didunia . Jika nak dibandingkan jasa beliua kepada kita memang tidak terkira seperti pasir dipantai. Bagi sesiapa yang ibunya sudah dipanggil terlebih dahulu sedekahkanlah AL-FATIHAH kepadanya dan berdoalah semoga beliau ditempatkan diantara orang-orang yang beriman. Amin…… 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan