Ada seorang nie namanya Ali. Dia baru sahaja kehilangan ayah dan ibunya.. dia merasa terlalu sedih dan merasakan dirinya terlalu malang kerana sudah kehilangan kedua ibu bapanya.. Pada suatu hari Ali melihat ada seseorang yang sedang menangis kesedihan… Dia bertanya kepada orang tersebut kenapa orang tersebut menangis… Rupa-rupanya orang tersebut menangis kerana beliau tidak dapat merasakan kasih sayang dari kedua ibu bapanya walaupun kedua ibu bapa nya masih hidup, kerana ibu bapanya sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing… Lalu Ali pun merasakan orang tersebut adalah orang yg lebih malang dari dirinya kerana beliau tidak dapat merasakan kasih sayang dari ibu dan bapanya… Keesokan harinya di dalam perjalanan pulang ke rumah, Ali ternampak ada seorang budak yang sedang menangis… Ali pun bertanya kepada budak tersebut kenapa beliau menangis. Budak tersebut berkata “saya sedih kerana ibu bapa saya membuang saya, kerana saya adalah anak luar nikah dari ibu bapa saya… “. Ali pun memujuk budak tersebut supaya jangan bersedih. Tiba-tiba budak itu tersenyum… Ali pun bertanya “kenapa adik tersenyum”. Dan budak itu berkata “ saya tersenyum kerana saya rasa ada orang yang lagi malang dari saya”. Ali pun bertanya kepada budak tersebut “ siapakah yang adik maksudkan”. Budak itu pun menjawab “ bayi yang digugurkan di dalam kandungan, kerana bayi tersebut tidak dapat melihat dunia dan digugurkan oleh ibunya sendiri”.. Selepas itu Ali pun meneruskan perjalanan ke rumahnya … Di dalam perjalanan itu Ali terfikir bahawa ada org yang lagi malang dari dirinya kerana tidak dapat merasakan kasih sayang dari ibu dan bapa meraka… Sedangkan dia masih dapat merasa kasih sayang dari ibu dan bapanya walaupun cuma seketika jika hendak dibandingkan dengan orang-orang yang beliau jumpa….. Dan Ali pun terfikir bahawa bayi yang digugurkan itu pun tidak lah terlalu malang kerana bayi tersebut terselamat dari melalukan dosa-dosa didunia ini..... TAMAT..
P/S: Jika kita berada di dalam kesusahan tabahlah menghadapinya.. kerana mungkin ada orang yang lebih susah daripada kita... Dan ingatlah... Segala ketentuan yang ditentukan oleh Allah itu tidaklah sia-sia.... RENUNGKANLAH....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan