Ayah.
Kaulah yang membesarkanku dari kecik hingga kini,
Jika di fikirkan jasamu terlalu banyak untukku,
Kua menatangku seperti minyak yang penuh,
Kau mengajar ku apa itu erti sebuah kehidupan,
Kau memberi didikan agama yang secukupnya kepada ku.
Ayah…..
Masih ku ingat lagi di hari pertama persekolahan ku.
Kau yang menghantarku,
Kau menemankanku sehingga aku sampai ke kelas,
Pabila selesai waktu persekolahan kau telah menungguku di hadapan kelas.
Kau tetap akan menghantarku ,menjemputku walaupun kau sibuk atau penat bekerja.
Ayah kau memang seorang ayah yang terbaik,
Kau tidak pernah jemu dan mengeluh mencari rezeki,
Setelah pulang dari kerja kau terus melayan segala kerenah ku,
Walaupun sudah penat bekerja kau tetap melayan ku.
Ku masih teringat sewaktu kau baru pulang dari bekerja,
Kau kelihatan begitu penat dan letih sekali,
Tetapi kau tidak pernah mengeluh malah kau masih boleh tersenyum pabila melihat ku.
Oh….
Masih teringatku sewaktu kau memarahi ku disebabkan kenakalan ku.
Aku merajuk sehingga tidak mahu turun untuk makan.
Kau terus memujuk ku walaupun kau tahu bahawa memang patut kau memarahi ku.
Ayah…
Kadang kala kau tak seramah ibuku,
Tapi ku tahu itu bukan bermaksud kau memarahi ku
Bukan bermaksud kau tidak mengambil berat terhadap diri ku.
Ku tahu kau bersikap begitu kerana kau terlalu penat bekerja.
Ku juga tahu kau selalu bertanya kepada ibu ku , kemana aku, sihat kah aku, dah makan ke aku, dan sebagainya.
Ayah…. Kau memang seorang ayah yang penyayang
Tanpa mu tiada lah aku.
Tanpa mu siapalah aku.
Jika kau tiada siapakah yang akan mendidik ku.
Jika kau tiada siapakah yang akan membesarkan ku
Jika kau tiada siapakah yang akan membiaya pengajian ku.
Ayah…. Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat mu sebagai ayah di hati ku..
Ayah…..
Ku tidak tahu adakah diri ini sempat berjasa kepada mu,
Adakah sempat untuk aku menyenangkan hati mu.
Adakah sempat untuk aku menjaga mu seperti mana kau menjaga ku…..
Ya ALLAH ku bersyukur kepada mu, kerana mengurniakan aku seorang ayah yang penyayang sepertinya….
“Ya ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kau ampunilah dosa kedua ibubapa ku, Kau kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku sejak kecil.Ya ALLAH kau tempatkanlah mereka ditempat orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal alamin………”
P/S: sedarlah wahai teman, ayah kita hanya seorang tiada orang lain yang boleh menggantikannya, dikesempatan ini berjasalah kepadanya selagi beliau masih ada didunia . Jika nak dibandingkan jasa beliua kepada kita memang tidak terkira seperti pasir dipantai. Bagi sesiapa yang ayahnya sudah dipanggil terlebih dahulu sedekahkanlah AL-FATIHAH kepadanya dan berdoalah semoga beliau ditempatkan diantara orang-orang yang beriman. Amin……

Tiada ulasan:
Catat Ulasan