Jumaat, 20 Mei 2011

Hidup Ini Ibarat Roda…...


Kekadang kita berasa begitu bahagia apabila kita berada di atas..
Tetapi ingatlah Kejayaan yang kita kecapi hari ini tidak mungkin berkekalan untuk selamanya.
Dan ingatlah pasti suatu hari nanti kita akan jatuh kebawah juga…
Kerana hidup ini ibarat roda….

Oleh itu bersedialah untuk berada di kebawah semula…
Kerana  cepat atau lambat ia pasti akan tiba……
Jika kita sudah jatuh kebawah..
Janganlah kita bersedih dan berputus asa..
Sebaliknya cepat-cepatlah kita bangkit untuk naik keatas semula…

Dan  janganlah kita beranggapan jika kita jatuh sekali, kita akan jatuh selamanya..
Kerana pasti suatu hari nanti kita pasti akan naik keatas semula…
Tetapi itu semua bergantung kepada usaha kita juga…
Seperti roda… jika kita tidak memutarkannya pasti ia tidak akan bergerak…
Begitulah juga bagi kita.. jika kita tidak mahu berusaha..
Tidak mustahillah jika kita berada di bawah sahaja…
Dan jika kita selalu berusaha,  tidak mustahillah bagi kita untuk berada di atas dalam tempoh masa yang lebih lama.
RENUNGKANLAH….




Selasa, 17 Mei 2011

Nasihat Untuk Insan Yang Bergelar Wanita…..


Kenapa aurat wanita lebih banyak daripada lelaki?? Ini kerana syaitan akan menjadikan segala yang ada pada tubuh badan wanita sebagai satu senjata baginya untuk menggoda manusia supaya jatuk ke lembah maksiat.... Walaupun hanya sepasang telinga mahupun sehelai rambut cukuplah baginya untuk menggoda kita...

Aurat wanita juga adalah maruah diri baginya…  Ia adalah lebih mahal daripada segala-galanya.. Oleh itu syariat telah menetapkan supaya wanita menutup aurat yang dari hujung kaki sehinggalah ke hujung kepalanya selain daripada muka dan tapak tangannya.. 

Menutup aurat bukan sekadar menutuknya daripada tubuh badannya  dilihat oleh orang  yang juga bukan mahram tetapi ia juga mestilah tidak telalu sendat dan singkat yang boleh menampakkan bentuk badan wanita tersebut. Ini kerana ia juga boleh menjadi  senjata bagi syaitan untuk menggoda manusia.. Oleh sebab yang demikian para wanita diminta supaya memakai pakaian yang longgar yang tidak menampakkan bentuk badannya..

Sesetengah orang beranggapan dengan menutup aurau beliau tidak boleh berfesyen. Islam tidak larang wanita untuk berfesyen, tetapi berfesyen lah dengar cara yang betul, dengan mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT….

Dikesempatan ini ku berharap tiada sesiapa yang terasa hati.. Ini kerana segala yang terkandung didalam artikel ini adalah sekadat nasihat dan tanggungjawab Ku sebagai seorang muslim, bukan untuk menyindir atau memburukkan sesiapa..  Diri ini sedar bukan semua wanita yang tidak bertudung itu adalah wanita yang tidak baik tetapi sebaik manapun wanita itu jika ia tidak menutup aurat ia tetap melalukan dosa dan melanggar apa yang diperintahkan oleh Allah SWT… RENUNGKANLAH...

Ps: Wahai Kaum Hawa yang dikasihi janganlah enkau menambahkan lagi dosa ku kerana terlihat aurat Mu, ini kerana cukuplah bagi ku untuk menanggung  segala dosa yang telah dilakukan oleh diri Ku… Kasihanilah daku dengan menutup segala Aurat Mu….. Sekian….

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” 
(Surah al-Nur : 31)


Isnin, 16 Mei 2011

Terima Kasih Cikgu.. Selamat Hari Guru...


16 Mei adalah satu tarikh yang telah ditetapkan untuk sambutan hari guru di Negara kita… Teringat lagi sewaktu aku di zaman persekolahan.. Hari guru akan di sambut dengat begitu meriah.. Tapi yang paling aku suka adalah kerana pada hari tersebut guru tidak akan masuk ke kelas untuk mengajar.. Hahahaha… Harap-harap korang tak ikut la perangai aku ni.. 

Tetapi kekadang aku berasa hairan gak la kenapa kita hanya berterima kasih dan mengingati guru pada tanggal 16 Mei sahaja. Adakah pada hari lain guru-guru itu tidak wujud atau pun kita pada hari lain kita tidakperlu menghormatinya... Ooohhhh!!! Silaplah kita jikalau kita berfikir sedemikian…

Kita patut menghormati guru dan sentiasa berterima kasih kepadanya pada setiap masa.. Bukan hanya pada hari tersebut.. Kerana jika bukan kerana dia mungkin kita tidak dapat untuk menyambungkan pelajaran kita, tidak dapat untuk mengejar cita-cita kita, dan tidak dapat untuk menjadi manusia yang berguna.
Ohh.. teringat aku akan cerita yang pernah aku baca tentang Iman Syafie.. Imam Syafie merupakan seorang ulama yang cukup banyak memberi sumbangan terhadap menggubal dan memperjelas hukum hakam dalam Al Quran. Sebab itulah Mazhab Shafie adalah mazhab terbaik dari segi ketelitiannya dalam menggubal hukum-hukum fekah untuk umat Ahli Sunnah Wal Jamaah...

           Satu lagi keistimewaan Imam Shafie ialah dari segi menghormati guru. Pernah diriwayatkan tentang perihal menghormati guru ini. Pada suatu hari, sedang dia memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie sedemikian. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi tersebut. Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Shafie. Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu kepada Imam Shafie?

            Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara ajning untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati gurunya itu.

Oleh itu kita juga perlulah mengikuti jejaknya. Kita perlulah menghormati dan berterima kasih kepada guru kita, walaupun beliau hanya mengajarkan kita satu perkara… Tetapi mungkin dengan perkara yang diajar olehnya memberi seribu makna buat kita di masa akan datang..

Dikesempatan ini aku ingin berterima kasih kepada guru-guru ku, pensyarah-pensyarah ku, ustaz dan ustazah ku dan juga kepada ibu bapa ku kerana telah mendidik ku untuk menjadi manusia yang berguna. Akhir kata,  Assalamualaikum… 

Ps: Maksudnya: “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)



Sabtu, 14 Mei 2011

Siapakah Yang Bersalah…..

Sedih hati ini bila memikirkan nasib bayi yang mungkin seagama dengan ku atau pun tidak..  mereka dibuang di merata-rata tempat, seperti di tepi-tepi jalan, di tong sampah di dalam sungai, di dalam semak dan lain-lain lagi..

Adakah diri mereka terlalu hina sehingga diperlakukan sedemikian kepadanya. Apakah salah mereka sehinggakan ibu bapa mereka sanggup untuk membuang mereka. Adakah mereka terlalu keji untuk hidup di dunia ini…

Adakah mereka tidak layak untuk hidup di muka bumi ini.. sungguh tersilaplah kita jika kita berfikiran yang sedemikian.. bukan mereka yang hina, bukan meraka yang salah, bukan mereka yang keji, bukan mereka yang tidak layak untuk hidup di dunia ini.

 Tetapi sebenarnya ibu bapa mereka yang hina, ibu bapa mereka yang  salah, ibubapa mereka yang keji, dan ibubapa mereka yang tidak layak untuk hidup di dunia ini, kerana sanggup untuk membuang anak yang tidak berdosa, tanpa rasa bersalah dan berdosa, bagi menutup segala kesalahan dan dosa mereka..

Dimanakah otak mereka yang dikurniakan Allah untuk berfikir, Dimanakan Hati mereka yang dikurniakan Allah untuk mengasihi dan menyanyangi..  Jika bayi tersebut boleh berkata-kata, pasti mereka akan mengatakanbahawa  ibubapa  mereka orang yang kejam, orang yang tidak mempunyai fikiran, orang yang tak berhati perut, orang yang tidak layak untuk hidup, dan yang paling pasti orang yang tidak takut akan azab daripada Allah SWT.

Sedarlah wahai teman, janganlah kita menghampirkan diri kepada perkara yang boleh membawa kita kepada zina, supaya diri kita tidak tergolong  di dalam golongan yang tidak berperikemanusiaan dan yang tidak takut dengan azab Allah SWT… Dan berdoalah agar golongan seperti itu sedar akan kesalahan yang telah mereka lakukan… RENUNGKANLAH…….





Amanah Bukan Satu Kemuliaan Tetapi Satu Tanggung jawab…


Assalamualaikum… Maaf kerana lambat Up Date kerana ada Amanah yang perlu diselesaikan… Cakap pasal Amanah nie… saye teringat akan satu motto yang pernah dipegang satu ketika dulu iaitu “Amanah Bukan Satu Kemuliaan, Tetapi Satu Tanggung jawab”.  Mesti ada yang tidak faham dengan motto ini…

                Selalunya kita pasti akan gembira bila diberi satu jawatan, kita akan menganggap ia adalah sebagai satu yang dipandang mulia/tinggi. Tetapi sebenarnya kita silap ia sebenarnya adalah sebagai satu tanggung jawab buat diri kita. 

                Jawatan yang kita sandang itu adalah Amanah daripada orang lain untuk diri kita, ia adalah satu tanggung jawab untuk diri kita. Bukan untuk berasa bangga kerana diberi amanah untuk menyandang jawatan tersebut…

                Oleh sebab itu kita janganlah berasa bangga dan merasakan diri ini dipandang mulia kerana diberi amanah untuk memegang sesebuah jawatan.  Tetapi kita patut berasa gentar dan takut kerana diberi amanah tersebut yang perlu dilaksanakan tanggung jawabnya…. RENUNGKANLAH……