Isnin, 16 Mei 2011

Terima Kasih Cikgu.. Selamat Hari Guru...


16 Mei adalah satu tarikh yang telah ditetapkan untuk sambutan hari guru di Negara kita… Teringat lagi sewaktu aku di zaman persekolahan.. Hari guru akan di sambut dengat begitu meriah.. Tapi yang paling aku suka adalah kerana pada hari tersebut guru tidak akan masuk ke kelas untuk mengajar.. Hahahaha… Harap-harap korang tak ikut la perangai aku ni.. 

Tetapi kekadang aku berasa hairan gak la kenapa kita hanya berterima kasih dan mengingati guru pada tanggal 16 Mei sahaja. Adakah pada hari lain guru-guru itu tidak wujud atau pun kita pada hari lain kita tidakperlu menghormatinya... Ooohhhh!!! Silaplah kita jikalau kita berfikir sedemikian…

Kita patut menghormati guru dan sentiasa berterima kasih kepadanya pada setiap masa.. Bukan hanya pada hari tersebut.. Kerana jika bukan kerana dia mungkin kita tidak dapat untuk menyambungkan pelajaran kita, tidak dapat untuk mengejar cita-cita kita, dan tidak dapat untuk menjadi manusia yang berguna.
Ohh.. teringat aku akan cerita yang pernah aku baca tentang Iman Syafie.. Imam Syafie merupakan seorang ulama yang cukup banyak memberi sumbangan terhadap menggubal dan memperjelas hukum hakam dalam Al Quran. Sebab itulah Mazhab Shafie adalah mazhab terbaik dari segi ketelitiannya dalam menggubal hukum-hukum fekah untuk umat Ahli Sunnah Wal Jamaah...

           Satu lagi keistimewaan Imam Shafie ialah dari segi menghormati guru. Pernah diriwayatkan tentang perihal menghormati guru ini. Pada suatu hari, sedang dia memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie sedemikian. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi tersebut. Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Shafie. Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu kepada Imam Shafie?

            Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara ajning untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati gurunya itu.

Oleh itu kita juga perlulah mengikuti jejaknya. Kita perlulah menghormati dan berterima kasih kepada guru kita, walaupun beliau hanya mengajarkan kita satu perkara… Tetapi mungkin dengan perkara yang diajar olehnya memberi seribu makna buat kita di masa akan datang..

Dikesempatan ini aku ingin berterima kasih kepada guru-guru ku, pensyarah-pensyarah ku, ustaz dan ustazah ku dan juga kepada ibu bapa ku kerana telah mendidik ku untuk menjadi manusia yang berguna. Akhir kata,  Assalamualaikum… 

Ps: Maksudnya: “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan