Sedih hati ini bila memikirkan nasib bayi yang mungkin seagama dengan ku atau pun tidak.. mereka dibuang di merata-rata tempat, seperti di tepi-tepi jalan, di tong sampah di dalam sungai, di dalam semak dan lain-lain lagi..
Adakah diri mereka terlalu hina sehingga diperlakukan sedemikian kepadanya. Apakah salah mereka sehinggakan ibu bapa mereka sanggup untuk membuang mereka. Adakah mereka terlalu keji untuk hidup di dunia ini…
Adakah mereka tidak layak untuk hidup di muka bumi ini.. sungguh tersilaplah kita jika kita berfikiran yang sedemikian.. bukan mereka yang hina, bukan meraka yang salah, bukan mereka yang keji, bukan mereka yang tidak layak untuk hidup di dunia ini.
Tetapi sebenarnya ibu bapa mereka yang hina, ibu bapa mereka yang salah, ibubapa mereka yang keji, dan ibubapa mereka yang tidak layak untuk hidup di dunia ini, kerana sanggup untuk membuang anak yang tidak berdosa, tanpa rasa bersalah dan berdosa, bagi menutup segala kesalahan dan dosa mereka..
Dimanakah otak mereka yang dikurniakan Allah untuk berfikir, Dimanakan Hati mereka yang dikurniakan Allah untuk mengasihi dan menyanyangi.. Jika bayi tersebut boleh berkata-kata, pasti mereka akan mengatakanbahawa ibubapa mereka orang yang kejam, orang yang tidak mempunyai fikiran, orang yang tak berhati perut, orang yang tidak layak untuk hidup, dan yang paling pasti orang yang tidak takut akan azab daripada Allah SWT.
Sedarlah wahai teman, janganlah kita menghampirkan diri kepada perkara yang boleh membawa kita kepada zina, supaya diri kita tidak tergolong di dalam golongan yang tidak berperikemanusiaan dan yang tidak takut dengan azab Allah SWT… Dan berdoalah agar golongan seperti itu sedar akan kesalahan yang telah mereka lakukan… RENUNGKANLAH…….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan