Isnin, 26 September 2011

Penawar Hati ….

Hati….
Seringkali berada di dalam keadaan yang tidak tetap…
Kadangkala kuat, kadangkala lemah.
Kadangkala suka, kadangkala duka.
Kadangkala tenteram, kadangkala gundah-gulana.
Kadangkala teguh, kadangkala waswas.

Hati….
Bukan senang untuk mengubatinya, dan bukan susah untuk mengubatinya.
Tiada ubat yang boleh dibeli untuk member ketenangan kepada hati yang resah-gelisah..
Ubat @ penawar yang paling mujarab adalah dengan sentiasa mendekatkan diri dengan  Allah SWT.
Dengan solat kita dapat memenangkan hati yang resah,
Dengan membaca Al-Quran kita dapat memenangkan hati yang lemah,
Dengan doa kita boleh menenagkan hati yang kecewa,
Dengan bertawakal Kepada Allah kita dapat menenagkan hati yang duka,
Dengan selawat kita dapat memenangkan hati yang gundah-gulana…
Dan berdoalah kepada NYA agar hati kita sentiasa diberi cahaya pertunjuk dan ketenangan daripada NYA…..

Hanya sebagai Pendapat… Insya’Allah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT kita dapat member ketenangan kepada hati yang sedang resah…. 


Selasa, 20 September 2011

CINTA…..

     Cinta… jika disebut tentang cinta… ramai yang menujukan cintanya hanya kepada insan (Kekasihnya) semata –mata. Tetapi sebenarnya cinta  itu bukanlah hanya boleh  ditujukan kepada pasangan semata-mata… Cinta juga boleh ditujukan dan mesti ditujukan kepada Pencipta kita yang telah mencipta dan memberi peluang untuk kita hidup di muka bumi ini.. 

     Cinta juga boleh ditujukan terhadap Agama kita.. Cinta juga boleh ditujukan Kepada Kedua Ibubapa kita, yang telah mendidik dan membesarkan kita dari kecil sehinggalah dewasa kini… dan Cinta juga boleh ditujukan kepada guru-guru kita, yang telah mendidik kita sehinggalah kita berjaya..

     Oleh itu bukalah mata hati kita dan janganlah kita meletakkan cinta kita untuk insan (kekasih) @ pasangan kita semata-mata.. kerna cinta itu bukanlah untuk dirinya sahaja.. dan Ingatlah Cinta yang Hakiki Adalah Cinta Kepada Allah SWT…. RENUNGKANLAH…. 

Adakah Suara Seorang Perempuan Itu Adalah Aurat….

    Adakah suara seseorang wanita @ perempuan itu adalah aurat baginya… Menurut pemahaman saya, suara wanita @ perempuan itu bukan lah aurat baginya..  selama ia tidak melanggar atau menyalahi syara’…

    Di dalam sebuah hadis pun ada menyatakan bahawa kaum wanita @ perempuan berhak  menggunakan suaranya didalam pelbagai aktiviti seperti  perbincangan, menjual-beli, mengajar, menyampaikan  ceramah, berdakwah dan sebagainya…

     Oleh hal yang demikian suara wanita @ perempuan tidaklah dianggap sebagai aurat.. Namun demikian  syara’  mengharamkan seseorang wanita @ perempuan itu bersuara manja, merayu, mendesah, mendayu-dayu  atau keluhan yang dapat menimbulkan  keinginan kaum lelaki untuk berbuat jahat,  dan perbuatan dosa besar yang lainnya, terhadap wanita tersebut.

     Akhir kata ingatlah wahai kaum wanita gunakanlah suara mu dengan sebaik-baiknya dan  ingatlah jagalah diri mu ketika berbicara….. Walaubagaimanapun ini hayalah pandangan dari saya didalam topik ini setelah dirujuk dari pelbagai sumber… RENUNGKANLAH...
Wallahu'alam...

PS: Firman Allah SWT didalam Al-Quran : Maka janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” [Al Ahzab:32]

"Adapun dalil As-Sunnah, antara lain bahawa Rasulullah SAW mengizinkan dua hamba wanita bernyanyi di rumahnya (Shahih Bukhari, hadits no. 949 & 952; Shahih Muslim, hadits no. 892)."

"Pernah pula Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah (HR. Tirmidzi, dinilainya sahih. Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, VII/119). "

Rabu, 17 Ogos 2011

Awal & Akhir Ramadhan…..

    Sedar, atau pun tidak sedar kita sudah berada di pertengahan Bulan Ramadhan.. . Sungguh pantas masa berlalu meninggalkan kita… Adakah kita  akan berjumpa lagi dengan Bulan Ramadhan yang akan datang? Adakah kita  masih berpeluang untuk beramal di Bulan Ramadhan yang penuh dengan limpah Rahmat yang telah dikurniakan oleh NYA…

    Sungguh beruntunglah bagi sesiapa yang mampu mengisi Bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadat… Dan alangkah ruginya jika kita masih leka dengan kenikmatan dan kemewahan dunia sehingga lupa akan tanggungjawabnya sebagai umat Allah SWT…

    Sepatutnya apabila kita  semakin hampir dengan penghujung bulan Ramadhan ini  kita semakin menghampirkan diri kita kepada NYA dan semakin memperbanyakan  amal ibadat kita… Tetapi pada hakikatnya ia adalah sebaliknya, kita semakin leka dengan kenikmatan dunia, kita banyak menghabiskan masa dipusat-pusat membeli belah untuk memenuhi tuntutan nafsu kita .. 

    Jika kita lihat di Masjid-masjid dan Surau –Surau,  jemaahnya semakin berkurang apabila kita semakin hampir dengan penghujung ramadhan…  Pada awal Ramadhan masjid penuh dengan jamaah sehingga  melimpah ke kaki lima masjid, tetapi  apabila semakin hampir dengan penghujung ramadhan Jemaah semakin berkurang, hanya ada beberapa saf sahaja yang dapat dipenuhkan… Masing – masing sibuk dengan agenda masing-masing,  sibuk dengan  melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya…. 

    Tidak salah untuk melakukan persiapan Hari Raya… Tetapi cukuplah dengan bersederhana sahaja.. jangan sampai kita melakukan pembaziran.. Dan rancanglah agenda kita supaya kita tidak terlepas untuk melukukan Ibadat dan beramal di bulan Ramadhan yang penuh dengan Rahmat ini….. RENUNGKANLAH…



Ramadhan Adalah Guru Yang Terbaik Untuk Kita...


    Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dari Allah SWT. Ramadhan juga adalah bulan yang boleh mendidik diri kita daripada tunduk terhadap nafsu… 

    Di bulan Ramadhan kita dilatih untuk lebih bersabar.Kita juga dilatih untuk mengawal nafsu kita terhadap makanan dan minuman… Di bulan Ramadhan kita boleh melatih diri kita untuk mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT..

    Kita juga dapat meluangkan lebih banyak waktu untuk beramal ibadat ketika kita berada di Bulan Ramadhan.. Dan kepada kaki-kaki  perokok juga, mereka boleh menggunakan bulan ramadhan ini untuk melatih diri berhenti merokok…

    Oleh itu gunakanlah Bulan Ramadhan ini dengan sebaik mungkin.. Jadikanlah ia sebagai guru kita untuk mengawal segala nafsu yang ada di dalam diri kita…. Akhir kata Selamat Mencuba dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan….. Wassalam….

PS : Sesungguhnya Allah telah menciptakan akal, maka Allah telah berfirman yang bermaksud: “Wahai akal mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap kehadapan Allah, kemudian Allah berfirman yang bermaksud  “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.” Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”

Setelah itu Allah menciptakan pula nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud: “Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”

Setelah itu Allah menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”

Lalu Allah menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah berfirman yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, “Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”



Rabu, 20 Julai 2011

Luar cantik…. Tidak semestinya cantik juga di dalam….


        Kebanyakan orang hanyan menilai kecantikan seseorang itu, hanya berdasarkan kencantikan pada sifat fizikalnya dan sifat yang zahir sahaja….  Kita selalu terlepas pandang kepada kecantikan yang tidak mampu untuk kita lihat, sifat yang lahir dari dalam diri, dan sifat rohani yang mampu untuk mendorong kita kearah kebaikan…

        Tidak semua insan yang cantik pada sifat luarannya..  mampu memiliki kecantikan pada sifat dalamannya… Kadang kala  ada orang yang cantik luaranya memiliki akhlak yang tidak berapa baik… sering sahaja menyakiti hati ibubapanya dan sahabat-sahabatnya, sering sahaja leka dengan kenikmatan dunia…  dan lupa untuk memunaikan kewajipan dia sebagai hamba kepada  Nya..

        Dan ada juga insan yang tidak cantik pada sifat luaranya… tetapi memiliki peribadi  dan akhlak yang cantik.. pandai menjaga hati kedua ibubapanya dan juga sahabat-sahabatnya… dan taat akan perintah dan juga larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT..

        Jika ingin dibandingkan antara kecantikan luaran dan kecantikan dalaman.. lebih baik kita memiliki kecantikan pada sifat dalaman kerna ia akan kekal lama… Alangkah ruginya jika kita hanya memiliki kentikan pada sifat luaran sahaja… kerna ia tidak mampu untuk kekal lama… kecantikan itu akan pudar dimakan usia dan ia mampu hilang sekelip mata.. 

        Pepatah inggeris juga ada menyebut “ Don't judge a book by its cover”. Kerana tidak semestinya cantik pada sifat luarannya mampu memiliki isi yang baik…. RENUNGKANLAH…..

Rasulullah SAW bersabda :“Perempuan itu dikahwini atas empat perkara, iaitu: karana hartanya, karana keturunannya, karana kecantikannya, atau karana agamanya. Akan tetapi, pilihlah berdasarkan agamanya agar dirimu selamat.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rabu, 15 Jun 2011

Di manakah Islam Pada Diri Kita….


          Assalamualaikum…. Kali ini aku ingin menyentuh tentang  diri  dan Islam… Adakah kita tahu dimanakah letaknya Islam di dalam diri kita… Adakah mungkin ia hanya terletak  pada Kad Pengenalan kita, pada Nama kita,  pada Keturunan kita, atau pada sifat, akhlak dan tingkah laku kita…

          Kekadang Ku terfikir…. Adakah diri kita layak untuk di gelar sebagai seorang islam Jika kita tidak tahu apa itu yang dikatakan dengan Islam, Apa itu Dua kalimah Syahadat, Apa itu Solat, Apa itu Puasa, Apa itu Zakat, Apa itu Ibadat Haji, Apa itu Halal , dan Apa itu Haram…

         Jika kita mengerti akan kesemua itu, adakah kita telah layak untuk digelar sebagai seorang Islam,  bahkan diri kita sering sahaja melakukan maksiat  dengan meneguk arak, berzina, berjudi, mencuri serta melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT..  

         Dan jika diri kita tidak melakukan perkara tersebut adakah diri kita telah layak untuk digelar sebagai seorang Islam, walhal kita tidak pernah melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.  seperti bersujud sebagai tanda mengabdikan diri kita kepada Nya.. 

         Renungkanlah sejenak di manakah Islam yang pada diri kita… Dan janganlah kita mempersia-siakan nikmat Islam yang telah diberikan kepada kita…  serta berusahalah untuk mendalami apa itu yang dikatakan dengan Islam agar kita lebih memahaminya dan lebih mencintainya..

        Oleh itu, Jika diri kita sudah jauh daripadanya.. berusahalah untuk mendekatkan kembali diri kita kepadanya.. Dan jika ia telah hilang dari diri kita.. Berusahalah untuk mencarinya serta menanamkannya ke dalam diri kita semula. .. Agar diri kita tidak menyesal  Di Akhirat sana….

Sekian.. Assalamualaikum…

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.

Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardhukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadhan.