Rabu, 17 Ogos 2011

Awal & Akhir Ramadhan…..

    Sedar, atau pun tidak sedar kita sudah berada di pertengahan Bulan Ramadhan.. . Sungguh pantas masa berlalu meninggalkan kita… Adakah kita  akan berjumpa lagi dengan Bulan Ramadhan yang akan datang? Adakah kita  masih berpeluang untuk beramal di Bulan Ramadhan yang penuh dengan limpah Rahmat yang telah dikurniakan oleh NYA…

    Sungguh beruntunglah bagi sesiapa yang mampu mengisi Bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadat… Dan alangkah ruginya jika kita masih leka dengan kenikmatan dan kemewahan dunia sehingga lupa akan tanggungjawabnya sebagai umat Allah SWT…

    Sepatutnya apabila kita  semakin hampir dengan penghujung bulan Ramadhan ini  kita semakin menghampirkan diri kita kepada NYA dan semakin memperbanyakan  amal ibadat kita… Tetapi pada hakikatnya ia adalah sebaliknya, kita semakin leka dengan kenikmatan dunia, kita banyak menghabiskan masa dipusat-pusat membeli belah untuk memenuhi tuntutan nafsu kita .. 

    Jika kita lihat di Masjid-masjid dan Surau –Surau,  jemaahnya semakin berkurang apabila kita semakin hampir dengan penghujung ramadhan…  Pada awal Ramadhan masjid penuh dengan jamaah sehingga  melimpah ke kaki lima masjid, tetapi  apabila semakin hampir dengan penghujung ramadhan Jemaah semakin berkurang, hanya ada beberapa saf sahaja yang dapat dipenuhkan… Masing – masing sibuk dengan agenda masing-masing,  sibuk dengan  melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya…. 

    Tidak salah untuk melakukan persiapan Hari Raya… Tetapi cukuplah dengan bersederhana sahaja.. jangan sampai kita melakukan pembaziran.. Dan rancanglah agenda kita supaya kita tidak terlepas untuk melukukan Ibadat dan beramal di bulan Ramadhan yang penuh dengan Rahmat ini….. RENUNGKANLAH…



Ramadhan Adalah Guru Yang Terbaik Untuk Kita...


    Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dari Allah SWT. Ramadhan juga adalah bulan yang boleh mendidik diri kita daripada tunduk terhadap nafsu… 

    Di bulan Ramadhan kita dilatih untuk lebih bersabar.Kita juga dilatih untuk mengawal nafsu kita terhadap makanan dan minuman… Di bulan Ramadhan kita boleh melatih diri kita untuk mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT..

    Kita juga dapat meluangkan lebih banyak waktu untuk beramal ibadat ketika kita berada di Bulan Ramadhan.. Dan kepada kaki-kaki  perokok juga, mereka boleh menggunakan bulan ramadhan ini untuk melatih diri berhenti merokok…

    Oleh itu gunakanlah Bulan Ramadhan ini dengan sebaik mungkin.. Jadikanlah ia sebagai guru kita untuk mengawal segala nafsu yang ada di dalam diri kita…. Akhir kata Selamat Mencuba dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan….. Wassalam….

PS : Sesungguhnya Allah telah menciptakan akal, maka Allah telah berfirman yang bermaksud: “Wahai akal mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap kehadapan Allah, kemudian Allah berfirman yang bermaksud  “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.” Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”

Setelah itu Allah menciptakan pula nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud: “Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”

Setelah itu Allah menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”

Lalu Allah menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah berfirman yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, “Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”



Rabu, 20 Julai 2011

Luar cantik…. Tidak semestinya cantik juga di dalam….


        Kebanyakan orang hanyan menilai kecantikan seseorang itu, hanya berdasarkan kencantikan pada sifat fizikalnya dan sifat yang zahir sahaja….  Kita selalu terlepas pandang kepada kecantikan yang tidak mampu untuk kita lihat, sifat yang lahir dari dalam diri, dan sifat rohani yang mampu untuk mendorong kita kearah kebaikan…

        Tidak semua insan yang cantik pada sifat luarannya..  mampu memiliki kecantikan pada sifat dalamannya… Kadang kala  ada orang yang cantik luaranya memiliki akhlak yang tidak berapa baik… sering sahaja menyakiti hati ibubapanya dan sahabat-sahabatnya, sering sahaja leka dengan kenikmatan dunia…  dan lupa untuk memunaikan kewajipan dia sebagai hamba kepada  Nya..

        Dan ada juga insan yang tidak cantik pada sifat luaranya… tetapi memiliki peribadi  dan akhlak yang cantik.. pandai menjaga hati kedua ibubapanya dan juga sahabat-sahabatnya… dan taat akan perintah dan juga larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT..

        Jika ingin dibandingkan antara kecantikan luaran dan kecantikan dalaman.. lebih baik kita memiliki kecantikan pada sifat dalaman kerna ia akan kekal lama… Alangkah ruginya jika kita hanya memiliki kentikan pada sifat luaran sahaja… kerna ia tidak mampu untuk kekal lama… kecantikan itu akan pudar dimakan usia dan ia mampu hilang sekelip mata.. 

        Pepatah inggeris juga ada menyebut “ Don't judge a book by its cover”. Kerana tidak semestinya cantik pada sifat luarannya mampu memiliki isi yang baik…. RENUNGKANLAH…..

Rasulullah SAW bersabda :“Perempuan itu dikahwini atas empat perkara, iaitu: karana hartanya, karana keturunannya, karana kecantikannya, atau karana agamanya. Akan tetapi, pilihlah berdasarkan agamanya agar dirimu selamat.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rabu, 15 Jun 2011

Di manakah Islam Pada Diri Kita….


          Assalamualaikum…. Kali ini aku ingin menyentuh tentang  diri  dan Islam… Adakah kita tahu dimanakah letaknya Islam di dalam diri kita… Adakah mungkin ia hanya terletak  pada Kad Pengenalan kita, pada Nama kita,  pada Keturunan kita, atau pada sifat, akhlak dan tingkah laku kita…

          Kekadang Ku terfikir…. Adakah diri kita layak untuk di gelar sebagai seorang islam Jika kita tidak tahu apa itu yang dikatakan dengan Islam, Apa itu Dua kalimah Syahadat, Apa itu Solat, Apa itu Puasa, Apa itu Zakat, Apa itu Ibadat Haji, Apa itu Halal , dan Apa itu Haram…

         Jika kita mengerti akan kesemua itu, adakah kita telah layak untuk digelar sebagai seorang Islam,  bahkan diri kita sering sahaja melakukan maksiat  dengan meneguk arak, berzina, berjudi, mencuri serta melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT..  

         Dan jika diri kita tidak melakukan perkara tersebut adakah diri kita telah layak untuk digelar sebagai seorang Islam, walhal kita tidak pernah melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.  seperti bersujud sebagai tanda mengabdikan diri kita kepada Nya.. 

         Renungkanlah sejenak di manakah Islam yang pada diri kita… Dan janganlah kita mempersia-siakan nikmat Islam yang telah diberikan kepada kita…  serta berusahalah untuk mendalami apa itu yang dikatakan dengan Islam agar kita lebih memahaminya dan lebih mencintainya..

        Oleh itu, Jika diri kita sudah jauh daripadanya.. berusahalah untuk mendekatkan kembali diri kita kepadanya.. Dan jika ia telah hilang dari diri kita.. Berusahalah untuk mencarinya serta menanamkannya ke dalam diri kita semula. .. Agar diri kita tidak menyesal  Di Akhirat sana….

Sekian.. Assalamualaikum…

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.

Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardhukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadhan.


Khamis, 2 Jun 2011

Bagaimanakah Keadaan Hati Kita??

Teringat pula kepada satu hadis yang terdapat di rancangan Halaqah Sentuhan Qalbu… Hadis yang menyentuh tentang hati manusia…

Maksudnya : Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.  
( Riwayat Bukhari dan Muslim )     

Cuba kita Renungkan sejenak…  Adakah hati ini Baik seperti yang dikatakan di dalam hadis tersebut.. Hati yang mampu mengawal nafsu kita dan Hati yang mampu mendorong kita untuk menjadi Insan yang baik keseluruhannya…. Baik dari segi akhlaknya…. Baik dari segi pemikirannya… Baik dari segi percakapannya…. Dan Baik dari segi Perbuatanya....

Atau pun hati kita sudah menjadi seketuk daging yang telah rosak… Hati yang tidak mampu mengawal nafsu didada.. Hati yang sering mendorong kita untuk melalukan kemaksiatan…. Hati yang sering mendorong kita untuk melakukan perkara yang dilarang oleh NYA…

Renungkanlah sebentar.. begaimanakah keadaan hati kita adakah ia seketul daging yang baik ataupun seketul hati yang telah rosak.. Jika ia seketul daging yang baik berusahalah untuk menjaga ia sepaya ia kekal dalam keadaan yang baik.. Jika ia seketul daging yang rosak berusahalah untuk menjadikan ia seketul daging yang baik….

Akhir kata Selamat Berusaha, sekian… Wasalam… 


Sekadar Renungan....


Sapanjang mana umur mu…
Sekaya mana diri mu…
Sekuat mana tubuh mu….
Setinggi mana pangkat mu….
Alangkah ruginya diri mu…
Jika diri mu sering leka dan alpa dengan kenikmatan dunia dan sering saja melalukan dosa…
Kerna ia langsung tidak bermakna di akhirat sana…
Sependek mana umur mu…
Semiskin mana diri mu…
Selemah mana tubuh mu…
Serendah mana pangkat mu…
Jika dikau sering mengingati NYA dan melaksanakan segala perintah NYA…
Sungguh beruntunglah diri mu…
Kerna kenikmatan di dunia bukanlah sesuatu yang kekal untuk selamanya…
Tetapi kenikmatan yang kekal abadi itu adalah di akhirat sana….
RENUNGKANLAH…..


P/S : "Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari ;
tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"



Jumaat, 20 Mei 2011

Hidup Ini Ibarat Roda…...


Kekadang kita berasa begitu bahagia apabila kita berada di atas..
Tetapi ingatlah Kejayaan yang kita kecapi hari ini tidak mungkin berkekalan untuk selamanya.
Dan ingatlah pasti suatu hari nanti kita akan jatuh kebawah juga…
Kerana hidup ini ibarat roda….

Oleh itu bersedialah untuk berada di kebawah semula…
Kerana  cepat atau lambat ia pasti akan tiba……
Jika kita sudah jatuh kebawah..
Janganlah kita bersedih dan berputus asa..
Sebaliknya cepat-cepatlah kita bangkit untuk naik keatas semula…

Dan  janganlah kita beranggapan jika kita jatuh sekali, kita akan jatuh selamanya..
Kerana pasti suatu hari nanti kita pasti akan naik keatas semula…
Tetapi itu semua bergantung kepada usaha kita juga…
Seperti roda… jika kita tidak memutarkannya pasti ia tidak akan bergerak…
Begitulah juga bagi kita.. jika kita tidak mahu berusaha..
Tidak mustahillah jika kita berada di bawah sahaja…
Dan jika kita selalu berusaha,  tidak mustahillah bagi kita untuk berada di atas dalam tempoh masa yang lebih lama.
RENUNGKANLAH….