Sabtu, 7 Januari 2012

Jangan Bersedih Jika DiriMu... Diberi Ujian.....

     Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian…. Tidak kira siapakah orang tersebut… Kaya, miskin, berilmu, tidak berilmu, tua, ataupun muda… Setiap manusia mempunyai ujian yang tersendiri…. Mungkin ada yang mempunyai masalah keluarga… mungkin ada yang mempunyai masalah dalam kewangan.. mungkin ada yang mempunyai masalah persahabatan.. dan lain-lain…

     Ingtlah wahai teman… Allah akan sentiasa memberi ujian terhadap Umatnya… bukan bermaksud Allah tidak menyayangi kita… Tetapi kerana Allah ingin menguji tahap keimanan dan cinta kita terhadap NYA… Allah ingin kita bermanja dengan NYA( Mendekatkan diri kita kepada NYA).

     Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah SWT itu mempunyai hikmah disebaliknya….. Cuma kita sebagai manusia yang sememangnya lemah tidak mengetahui apakah hikmah tersebut… 

     Oleh itu janganlah kita bersedih jika kita diberi ujian daripada NYA.. sebagai manusia kita haruslah tabah untuk menghadapi segala ujian yang telah ditetapkan oleh NYA… dan berdoalah kepada NYA agar kita diberi pertunjuk  dan ketabahan untuk mengharungi sagala ujian yang telah ditetapkan oleh NYA…. Wallahu’Alam….
 
PS:  Firman Allah SWT di dalam Al-Quran : Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Firman Allah SWT didalam Al-Quran : Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. [Al-Baqarah: 45]


Selasa, 3 Januari 2012

Tahun Baru.... Azam Baru???

     Pada tanggal 1 Januari… semua orang akan menyambut perayaan Tahun Baru Masihi Atau ‘New Year”. Masing-masing akan memperbaharui azam atau impian mareka…. Memang bagus apabila kita mempunyai sesuatu azam atau impian… 

     Tetapi adakah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan azam atau impian tersebut…  Lebih ramai diantara kita yang hanya berusahah pada awal sahaja dan akan melupakannya begitu sahaja  jika kita tidak berjaya untuk mencapainya…. seperti kata pepatah melayu “Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga “.

     Cuba kita berfikir sejenak…. Adakah azam atau impian kita pada tahun sebelum-sebelun ini telah kita kecapi…. Mungkin sudah ada yang berjaya mengecapinya… dan mungkin juga ada yang belum berjaya untuk mengecapinya….

      Jika kita belum berjaya untuk mencapainya… tidak salah rasanya jika kita ingin meneruskan azam atau impian kita tersebut…. Mungkin itu adalah lebih baik daripada kita memperbaharui azam kita… bak kata pepatah melayu “ Alang-alang menyeluk pekasam… biarlah sampai kepangkal lengan”.

     Mungkin pada tahun baru ini kita boleh membuat satu kelainan… Biarlah orang lain memperbaharui azam mereka… tetapi biarlah kita meneruskan azam atau impian kita yang masih belum kita kecapi itu….  Tidak guna  jika kita hanya pandai untuk memperbaharui azam atau impian kita… tetapi kita tidak pandai untuk berusaha mengecapinya… RENUNGKANLAH…..

PS: Berusahalah untuk memperolehi apa yang telah kita azamkan dan kita impikan… Biarlah kita meneruskan azam dan Impian kita yang lama tetapi kita berjaya untuk mengecapinya… daripada kita mempunyai azam baru tetapi kita tidak berjaya untuk mengecapinya…. “Jangan Hanya Pandai Untuk Membuat Azam Dan Impian Yang Baru…. Jika Kita Tidak  Pandai Untuk Mengecapi Azam Dan Impian Yang Telah Kita Bina”.

Selasa, 27 Disember 2011

Apa niat sebenar kita…

     Setiap perkara yang dilakukan manusia mestilah dimulakan dengan niat…. Semua orang mempunyai niat tersendiri sebelum melakukan seseatu pekerjaan, tiada yang melakukan sesuatu pekerjaan itu tanpa niat…. 

     Mungkin ada diantara kita yang melakukan pekerjaan yang sama… tetapi bukan mempunyai niat yang  sama…. Mungkin ia melakukan kerna niat yang baik dan mungkin ia melakukannya kerana niat yang baik…

    Tidak semestinya semua pekerjaan yang baik itu dilakukan dengan niat yang baik, sebagai contoh seseorang itu melakukan ibadat bukan berniat melakukan kerana Allah SWT tetapi untuk mendapatkan pujian atau perhatian daripada orang lain.

     Dan tidak semestinya semua pekerjaan yang tidak baik itu dilakukan kerana niat yang tidak baik, sebagai contoh seseorang suami itu mengasingkan tempat tidur dengan isterinya yang derhaka atau seseorang ayah yang memukul anaknya yang tidak solat dengan niat untuk mendidik mereka bukan berniat untuk mendera ianya dihalalkan.. Malah didalam islam perkara tersebut dibenarkan…

    Tetapi bukan semua pekerjaan yang tidak baik dengan niat yang baik itu boleh delakukan seperti berjudi untuk memberi anak dan isterinya…. Walaupun niatnya baik tetapi perkara tersebut  adalah perkara yang  diharamkan oleh Allah SWT.

     Oleh itu ingatlah wahai teman janganlah kita melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan niat yang tidak baik atau melakukan pekerjaan yang  tidak menghalalkan niat.. RENUNGKANLAH….

     P/S : Kekadang kita tidak sedar akan niat yang berada didalam hati kita, RENUNGKANLAH atau FIKIRKANLAH sejenak  mungkin ada niat yang tidak baik didalam diri kita atau kita mempunyai niat sampingan tanpa kita sedari…. Oleh itu sentiasalah perbaharui niat kita agar pekerjaan yang kita lakukan tidak sia-sia…

Apa Yang ada Di dalam Hati


Sunggguh bertuah pada siapa yang mampu untuk menetapkan apa yang berada di dalam hatinya… seperti perasaan marah, benci, suka, mahupun cinta…. Jika hati ini mampu menetapkan siapa untuk di benci mungkin tiada siapa yang terdapat di situ… jika hati ini mampu menetapkan siapa untuk di sukai… mungkin semua orang terdapat  di situ…. Jika hati ini mampu menetapkan siapa untuk di cintai atau apa untuk di cintai…. Sudah tentu Allah SWT yang paling utama…. Diikuti oleh Nabi Muhammad SAW, seterusnya diikuti oleh kedua ibu bapa, dan yang terakhir… cinta kepada orang yang boleh membahagiakan kita, mencintai kita, dan menghargai cinta yang telah kita berikan kepadanya….

Tetapi kita hanya manusia yang lemah, mungkin tidak mampu bagi kita untuk menetapkan kesemua itu untuk berada di dalam diri hati kita.. Oleh itu  berusaha untuk mengawal perasaan yang berada di dalam hati kita dengan sebaik mungkin dan sentiasa menetapkan dihati kita untuk mencintai Allah SWT. Kerana  cinta yang hakiki itu adalah Cinta kepada Allah SWT…. RENUNGKANLAH….

Isnin, 28 November 2011

Hijrah......

    HIJRAH….. Apa yang dimaksudkan dengan Hijrah….. Erm….. sebelum saya bercerita @ memberi pendapat tentang hijrah…. Saya ingin mengucapkan….. Selamat Menyambut Awal Muharam 1433H

Hijrah….Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.

Hijrah juga boleh di definisikan sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Berdasarkan maksud diatas  jelas menunjukkan bahawa hijrah itu akan terus berlaku dalam kehidupan umat Islam. Tidak kira... siapa diri kita.... muda, tua... kaya, miskin.... berilmu mahupun tidak berilmu....  Hijrah itu mestilah dilakukan pada setiap masa... untuk memperbaiki serta meninggalkan segala kesalahan atau kesilapan yang telah kita lakukan... 

Akhir kata.... Beruahalah untuk melakukan penghijrahan... Daripada jahil kepada berilmu.... Daripada Susah ( miskin ) kepada Senang ( Kaya @ tidak miskin ) dan..  Daripada sering malakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT kepada melakukan segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.. 

Berusahalah.... kerana Hijrah itu sangat dituntut dalam Islam... RENUNGKANLAH... Wallahu’Alam... 

PS : Dari Muawiyah r.a. berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hijrah itu tidak akan terhenti sehinggalah tertutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya.''

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari no 6484)

“Semoga keimanan dan ke-Islam-an kita lebih baik pada tahun-tahun yang akan datang. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”



Khamis, 10 November 2011

Doa…

Doa….. Ramai yang tidak mengetahui “Doa Itu Adalah Senjata Bagi Orang Muslim”. Kenapa ia adalah senjata bagi orang Muslim? Ini kerana Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Pengasih, Dan Maha Penyayang…

 Apa itu yang dimaksudkan dengan Doa @ Berdoa???  Doa adakah memohon atau meminta suatu yang bersifat baik kepada Allah SWT seperti meminta keselamatan hidup, rezeki yang halal dan keteguhan iman.

Apa tujuan kita Berdoa??? Kita berdoa mungkin untuk memohon agar hidup kita sentiasa di dalam bimbingan Allah SWT, mungkin untuk meminta keselamat dunia dan akhirat, mungkin  untuk mengungkapkan rasa syukur kepada Allah SWT, atau mungkin untuk meminta perlindungan Allah SWT dari Syaitan  yang terkutuk…

Susahkah untuk kita  berdoa??? Tidak… Dengan Hanya mengangkat kedua tangan dan memohon apa yang dihajatkan daripada NYA , bukankah ia adalah sesuatu yang mudah…( Jangan hanya meminta… perintah dan larangannya kenalah kita patuhi juga ).

 Lamakah masa yang diambil  untuk kita berdoa??? Tidak…. Mungkin hanya beberapa minit….  Adakah beberapa minit untuk kita berdoa itu adalah satu tempoh masa yang panjang …. Jika hendak dibandingkan dengan masa kita bergembira… berhibur… bekerja dan sebagainya…

Oleh itu luangkanlah sedikit masa untuk kita berdoa kepada NYA… tidak kira dimana kita berada…  dan bagaimana situasi diri kita ketika itu…. Mungkin ketika itu kita susah atau mungkin ketika itu kita senang….. 

Akhir kata ingatlah… “Doa Itu adalah senjata bagi orang Muslim”…  Dan Janganlah kita berdoa ketika kita berada didalam kesusahan sahaja….. Kerana doa itu  bukan untuk orang yang berada di dalam kesusahan… RENUNGKANLAH….. Wallahu’alam….

PS :  Firman Allah Di Dalam Al-Quran : "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." (Surah Ghafir: 60)


Antara Adab Berdoa :
  • Menghadap ke Kiblat / Ka'bah
  • Sebelum berdoa membaca basmalah, istighfar dan hamdalah. Kemudian diikuti salawa nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.
  • Mengangkat kedua telapak tangan sebelum berdoa dan mengusap muka dengan telapak tangan setelah doa.
  • Melembutkan suara dan tenang saat berdoa
  • khusyuk, ikhlas dan serius
  • Berharap agar doanya diterima Allah SWT
  • Berdoa berulang-ulang di lain waktu untuk menunjukkan keseriusan kita agar dikabulkan oleh Allah SWT
  •  Setelah berdoa ditutup dengan salawat nabi dan pujian pada Allah SWT

Antara waktu mustajab untuk berdoa :
  • Ketika Hendak Solat (terutamanya waktu Qiamulail)
  • Waktu Di Antara Azan Dan Iqamah
  • Ketika Sujud Dalam Solat
  • Selesai Solat Fardhu
  • Ketika Berpuasa Dan Berbuka Puasa
  • Malam Lailatul Qadar
  • Ketika Khatam 30 Juzuk Al-Quran
  • Sepanjang Hari Jumaat (dengan harapan dapat bersua dengan waktu mustajab doa)
  • Sepanjang Bermusafir
  • Ketika Berjihad atau Melaksanakan Haji Atau Umrah
  • Ketika Iman Meningkat Mentaati Allah
  • Waktu Menerima Ujian
  • Ketika Tentera Islam Menghadapi Musuh
  • Ketika Ayam Berkokok
  • Ketika Sedang Hujan
  • Doa Ketika Hari Arafah

Antara orang yang doanya mudah dimakbulkan : 
  • Orang yang berada di dalam kesusahan 
  • Anak yang solah dan mentaati kedua ibu bapa
  • Ibu bapa terhadap anak-anak
  • Orang yang bermusafir
  • Orang yang berpuasa hingga berbuka
  • Para pemimpin yang adil
  • Orang yang dizalimi
  • Orang muslim terhadap saudaranya tanpa diketahui saudaranya.. 


    Rabu, 9 November 2011

    Korban @ Pengorbanan…..


         SESUNGGUHNYA Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di Dunia ini. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji.

         Di mana pada hari tersebut terdapat sebahagian besar umat islam di seluruh dunia mengambil kesampatan untuk menunaikan ibadah korban( Qurban ) dan menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci, Makah. 

         KORBAN diambil daripada Bahasa Arab iaitu “ Qurban” yang membawa maksud menghampirkan diri atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perkataan Qurban adalah sinonim dengan perkataan “al-Udhhiyah” yang bermaksud “sembelihan”. Dari segi syara’ pula, ia memberikan pengertian  “menyembelih binatang yang dikhususkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah yang dilakukan pada waktu yang tertentu”.

         Pada hari mulia ini juga kita sering teringat atau diingatkan kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian. Peristiwa itu sebenarnya satu simbolik kepada umat Islam mentaati Allah dengan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkanNya.

          Pada hakikatnya, pengertian korban bukan sekadar menyembelih binatang korban dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin, tetapi falsafah korban itu merangkumi aspek yang lebih luas. Korban juga boleh dinilai daripada pelbagai aspek yang boleh  menunjukkan ketaatan kita terhadap apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. 

         Ini termasuklah pengorbanan antara seorang manusia dengan manusia yang lain dan secara individu, umpamanya pengorbanan isteri terhadap suami dan anak-anak, anak terhadap kedua ibu bapa, begitu juga ibu bapa yang sanggup berkorban demi anak-anak tercinta. 

        Berjuang  untuk menegakkan dan menyebarkan Agama Islam juga boleh dikatakan sebagai satu pengorbanan, ini kerana , ibadat korban yang dituntut oleh Islam bertujuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan mematuhi segala suruhanNya… 

         Pengorbanan  bukan sahaja boleh dilakukan dengan menggunakan wang ringgi dan harta semata-mata, ia juda boleh dilakukan dengan pelbagai cara…. RENUNGKANLAH... Wallahu'alam.....

    PS: Firman Allah SWT Di Dalam Al-Quran : “ Berjuanglah kamu dengan harta dan dirimu (jiwa raga ) kejalan Allah, itu yang paling baik untuk kamu kalau kamu mengetahui” ( Surah : Al-Taubah: 41).