Hidup ini sentiasa di dalam kekurangan… Semua yang dimiliki serba kekurangan… Jika sudah memiliki pekerjaan dan sudah mempunyai pendapatan yang sudah mencukipi… kita mahukan pendapatan yang lebih besar… Jika kita sudah berpendapatan besar mahukan kereta yang besar.. Jika sudah memiliki kereta yang besar kita mahukan rumah yang besar…. Jika sudah memiliki rumah yang besar… kita akan mahukan pangkat dan gelaran yang besar … Bilakah kita aku berasa puas dengan yang kita miliki… Tidak salah untuk memiliki kesemua itu.. Jika jalan dan sumber yang kita perolehi adalah dari sumber yang benar dan digunakan untuk tujuan yang benar… Pernahkah kita berfikir tetang orang yang berumah kecil, berpendapatan kecil… Jika kita ditempat mereka mungkin kita tidak boleh menuruskan kehidupan kita.. mungkin kita tidak dapat tidur dengan rumah yang kecil… mungkin kita akan berputus asa untuk meneruskan kehidupan ini dengan pendapatan yang sedikit… Tidakkah kita terfikir mengapa mereka masih boleh meneruskan kehidupan mereka??? Ini kerana mereka kenal apa itu yang dikatakan syukur…. Mereka akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan… Jika diri ini tidak mengenal erti syukur.. Berapa banyak pun harta yang kita perolehi dan setinggi mana pun pangkat atau pangkat yang kita kecapi… kita masih tidak akan berasa puas dan merasakan diri ini sentiasa berada didalam keadaan serba kekurangan….. RENUNGKANLAH…..
P/S: Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki… supaya kita tidak terlalu leka untuk mengejar kejayaan dan kenikmatan didunia, sehinggakan kita lupa untuk memunaikan kewajipan kita sebagai umat NYA… Dan ingatlah bahawa kenikmatan di dunia itu hanyalah sementara sahaja…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan