Ahad, 10 April 2011

Tegurlah Dengan Cara Yang Betul...

Kita sering mengatakan akan kesalahan orang lain…
Cuba kita berhenti sebentar…
Dan cuba kita RENUNGKAN kembali ….
Adakah kita ini cukup sempurna....
Adakah kita sentiasa melakukan perkara yang benar…
Adakah kita tidak pernah melakukan kesilapan….

Tidak salah untuk menegur..
Tetapi tegurlah dengan cara yang betul…
Dan janganlah sampai kita memburukkan orang tersebut…
Atau menceritakan keburukannya kepada orang lain…
Takut-takut ia akan menjadi satu fitnah …
Dan akan merosakkan hubungan kita dengannya….
Jika apa yang dikatakan itu tidak benar…
Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur…
Terlajak kate buruk padahnya…

Tetapi jika ia adalah benar….
Tegurlah dia dengan lembut dan sopan…
Dan cukup lah bagi kita untuk menegur dirinya sahaja…
Supaya kita tidak memalukannya….
Sebagai seorang sahabat atau saudara…
Kita hendaklah berdoa agar ia dapat kembali kepada kebenaran…
Dan menyesal akan kesalah yg telah dilakukan….
RENUNGKANLAH…..


PS: Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :  “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
  Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan