Sabtu, 16 April 2011

Miss ????


Aku terkejut bile melihat sebuah video  yang terdapat di FB member aku… video tersebut mengisahkan tetang pertandingan ala-ala pertandingan ratu cantik, yang diberi nama  Miss Malaysia Pahang.. yang aku terkejut adalah pesertanya yang terdiri daripada golongan Nyah (Lelaki yang menyerupai wanita)… ape la nak jadi ngan dunia nie….

Tetapi yang paling aku sedih ketika aku melihat video tu adalah aku melihat kebanyakan peserta dan penonton yang terdapat di dalam pertandingan itu  adalah orang yang sebangsa dan kemungkinan besar adalah seagama dengan ku…. 

Adakah mereka tidak trfikir langsung tetang dosa dan azab yang di janjikan  di ahkirat sana…  Adakah mereka hanya berfikir tentang keseronokan di dunia semata-mata…  Adakah mereka tidak bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT sehingga mereka sanggup melakukan pelbagai cara untuk mencapai dan memperoleh ape yang mereka inginkan….

Bagi penganjur dan pihak yang bertanggungjawab yang meluluskan program tersebut, adakah mereka tidak terfikir akan akibat dan keburukan dari program tersebut… Dengan kejayaan penganjuran program tersebut ini akan mengakibatkan lebih ramai daripada golongan seperti ini akan lebih berani untuk menonjolkan diri mereka di khalayak ramai dan mereka akan menjadi bangga dengan apa yang telah mereka lakukan….

Bagi pihak yang berwajib pula dimanakah peranan mereka, kenapa mereka hanya mendiamkan diri… kenapa mereka tidak berani untuk menganbil tindakan keatas pihak yang telah menganjurkan program tersebut….

Aku berharap dan berdoa agar pertandingan seperti ini tidak akan diadakan mahupun di Negara ini mahu pun di luar Negara… dan aku berharap meraka akan sedar akan kesalahan yang telah mereka lakukan….. Sekian…..

Ps : Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah s.a.w. melaknat kaum lelaki yg menyerupai atau berlagak spt wanita (al-mukhannathiin / al-mutasyabbihiin bi al-nisa') dan kaum wanita yg menyerupai / berlagak spt lelaki (al-mutarajjilaat / al-mutasyabbihat bi al-rijaal)"
(Riwayat al-Bukhari) 

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yg memakai pakaian wanita dan wanita yg memakai pakaian lelaki"
(Riwayat Abu Dawud dengan sanad sahih) -dipetik daripada kitab Riyadhus Salihin. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan