Kenapa manusia sering melakukan dosa…
Kerana nafsu telah menguasai diri…
Nafsu adalah satu penyakit yang amat berbahaya...
Ia berada di dalam diri kita…
Ia bukan boleh dibuang begitu sahaja…
Didiklah diri kita agar sentiasalah kita beriman dan mengingati akan kematian agar nafsu dapat di kawal…
Jika diri kita dikuasai oleh nafsu nescaya diri ini akan terleka…
Terleka dengan kemewahan dan kenikmatan di dunia…
Jika akal kita dikuasai nafsu nescaya kita akan terjurumus ke lembah maksiat…
Diri ini akan menjadi seperti binatang yang tidak mempunyai akal…
Diri ini akan mencari pelbagai cara untuk memuaskan nafsu di dada..
Diri ini akan menjadi seperti orang yang gila…
Tidak kenal apa itu halal, haram…
Tidak kenal apa itu sifat kemanusiaan…
Tidak kenal dosa dan pahala…
Asal nafsu yang berada di dalam diri dapat dipuaskan…
Ingatlah wahai teman….
Kawallah nafsu mu…
kerana orang yang bijak adalah orang yang boleh mengawal nafsu…
Daripada Iman Al-Ghazali : "Barang siapa menyirami anggota badannya dengan Hawa Nafsu, Maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan