Assalamualaikum…. Kali ini aku ingin menulis sesuatu yang mungkin lain dari ape yang telah aku tulis selama ini. Kali ini aku ingin menceritakan tentang pengalaman ku… Hari ini adalah hari terakhir aku menjalani Latihan Industri ‘Practical’. Sedar tak sedar dah 5 bulan berlalu…
Ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah hati ini terasa sedih sedikit, entah aku pun tak tahu kenapa.. Mungkin kerana hari ini adalah hari terakhir ku untuk bersama-sama dengan staf-staf kat situ…
Di dalam perjalanan pulang aku teringat akan apa yang telah berlaku sepanjang tempoh Latihan Industri ini… Dari mula-mula menjejakkan kaki di banggunan ibusawat sehinggalah langkah yang terakhir ku meninggalkannya… Bayak pengalaman yang telah diajar kepada ku.. Dan pelbagai pengalanan yang aku prolehi....
Di sini aku belajar untuk mengenal peribadi seseorang. Tak semestinya yang tak bercakap atau yang kurang mesra dengan kita itu tidak mengambil berat tentang kita… aku rase serba salah kerana menilainya terlalu awal… Di sini juga belajar untuk bersikap lebih sabar dan lebih bertimbang rasa… aku juga belajar untuk bersikap lebih matang dan jangan selalu menuduh atau menyalahkan orang lain…
Ermmm…. Jika hendak di kenangkan semula terlalu banya kenangan manis, pahit dan suka duka ku sempanjang tempoh 5 bulan aku di situ… kenangan manis itu akan simpan ia sebagai sebuah sejarah didalam hidup ku dan kenangan pahit ku itu akan ku jadikannya sebagai pengajaran untuk aku meneruskan kehidupan ini…
Jika waktu ini boleh di undur semula pasti aku ingin mengundurkannya semula.. tetapi itu semua pasti tidak akan berlaku… Teringat aku tentang kata-kata Imam Ghazali, “Perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu”. Walaupun ia baru berlalu beberapa minit, tetapi ia adalah perkara yang paling jauh dengan kita….
Mungkin ia tidak boleh untuk di undurkan semula…Tetapi ia boleh dijadikan kenangan buat diri ku… Insya’Allah aku pasti tidak akan melupakan kenangan dan apa yang telah diajar kepada ku sepanjang tempoh 5 bulan ini… Jasa Kalian semua pasti tidak dapat untuk aku membalasnya…. Aku berharap persahabatan dan pengenalan ini tidak tamat disini sahaja.. aku berhapar ia akan kekal untuk selamanya…. Tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan