Hari ini aku terlihat sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua beradik di langgar oleh sebuah lori…
Di dalam kemalangan tersebut pemandu motorsikal tersebut mininggal dunia tetapi adiknya yang membonceng dibelakangnya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius pun… lihatlah kekuasaan Allah SWT..
Di sini sebenarnya aku bukan ingin menceritakan tentang kemalangan tersebut. Tetapi aku ingin menceritakan tentang ajal maut dan takdir kita telah ditetapkan oleh Allah SWT, itulah yang dinamakan dengan qada’ dan qadar.
Jika ditakdirkan kita mati atau meninggalkan dunia disaat ini, malaikat yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk mencabut nyawa kita akan datang kepada kita dan ia akan mengambil nyawa kita tepat pada masa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, ia tidak akan kurang mahu pun lebih sedetik pun dari masa yang telah ditetapkan.
Seperti apa yang berlaku di dalam kemalangan ini, abangnya yang memandu motosikal tersebut meninggal dunia ditempat kejadian tetapi adiknya tidak mengalami kecederaan yang serius, padahal mereka menaiki motorsikal yang sama...
Ingatlah wahai teman ku, sedarlah bahawa ajal itu semakin hampir dengan kita. Kembalilah kejalan yang benar jika kita sudah tersasar, kerana ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah SWT, sejauh manapun kita lari kita tetap akan mati pada masa yang telah ditetapkan…. RENUNGKANLAH……
PS: Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan