Jumaat, 29 April 2011

Kenangan KU......


Assalamualaikum…. Kali ini aku ingin menulis sesuatu  yang mungkin lain dari ape yang  telah aku tulis selama ini. Kali ini aku ingin menceritakan tentang pengalaman ku… Hari ini adalah hari terakhir aku menjalani Latihan Industri ‘Practical’. Sedar tak sedar dah 5 bulan berlalu… 

Ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah hati ini terasa sedih sedikit, entah aku pun tak tahu kenapa.. Mungkin kerana hari ini adalah hari terakhir ku untuk bersama-sama dengan staf-staf kat situ…

Di dalam perjalanan pulang aku teringat akan apa yang telah berlaku sepanjang tempoh Latihan Industri ini… Dari mula-mula menjejakkan kaki di banggunan ibusawat sehinggalah langkah yang terakhir ku meninggalkannya… Bayak pengalaman  yang telah diajar kepada ku.. Dan pelbagai pengalanan yang aku prolehi....

Di sini aku belajar untuk mengenal peribadi seseorang. Tak semestinya yang tak bercakap atau yang kurang mesra dengan kita itu tidak mengambil berat tentang kita… aku rase serba salah kerana menilainya terlalu awal…  Di sini juga belajar untuk bersikap lebih sabar dan lebih bertimbang rasa…  aku juga belajar untuk bersikap lebih matang dan jangan selalu menuduh atau menyalahkan orang lain…

Ermmm…. Jika hendak di kenangkan semula terlalu banya kenangan manis, pahit dan suka duka ku sempanjang tempoh 5 bulan aku di situ…  kenangan manis itu akan simpan ia sebagai sebuah sejarah didalam hidup ku dan kenangan pahit ku itu akan ku jadikannya sebagai pengajaran untuk aku meneruskan kehidupan ini…

Jika waktu ini boleh di undur semula pasti aku ingin mengundurkannya semula.. tetapi itu semua pasti tidak akan berlaku…  Teringat aku tentang kata-kata Imam Ghazali, “Perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu”. Walaupun ia baru berlalu beberapa minit, tetapi ia adalah perkara yang paling jauh dengan kita….

Mungkin ia tidak boleh untuk di undurkan semula…Tetapi ia boleh dijadikan kenangan buat diri ku… Insya’Allah aku pasti tidak akan melupakan kenangan dan apa yang telah diajar kepada ku sepanjang tempoh 5 bulan ini… Jasa Kalian semua pasti tidak dapat untuk aku membalasnya…. Aku berharap persahabatan dan pengenalan ini tidak tamat disini sahaja.. aku berhapar ia akan kekal untuk selamanya…. Tamat.



Rabu, 27 April 2011

Kematian dan Takdir...


Hari ini aku terlihat sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal  yang dinaiki oleh dua beradik di langgar oleh sebuah lori…

Di dalam kemalangan tersebut pemandu motorsikal tersebut mininggal dunia tetapi adiknya yang membonceng dibelakangnya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius pun… lihatlah kekuasaan Allah SWT..

Di sini sebenarnya  aku bukan ingin menceritakan tentang kemalangan tersebut. Tetapi aku ingin menceritakan tentang ajal maut dan takdir kita telah ditetapkan oleh  Allah SWT, itulah yang dinamakan dengan qada’ dan qadar. 

Jika ditakdirkan kita mati atau meninggalkan dunia disaat ini, malaikat yang diperintahkan oleh Allah SWT  untuk mencabut nyawa kita akan datang kepada kita dan  ia akan  mengambil nyawa kita tepat pada masa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, ia tidak akan kurang mahu pun lebih sedetik pun dari masa yang telah ditetapkan.

Seperti apa yang berlaku di dalam kemalangan ini, abangnya yang memandu motosikal tersebut  meninggal dunia ditempat kejadian tetapi adiknya tidak mengalami kecederaan yang serius, padahal mereka menaiki motorsikal yang sama...

Ingatlah wahai teman ku, sedarlah bahawa ajal itu semakin hampir dengan kita. Kembalilah kejalan yang benar jika kita sudah tersasar, kerana ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah SWT, sejauh manapun kita lari kita tetap akan mati pada masa yang telah ditetapkan…. RENUNGKANLAH……


PS: Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”


Sabtu, 16 April 2011

Miss ????


Aku terkejut bile melihat sebuah video  yang terdapat di FB member aku… video tersebut mengisahkan tetang pertandingan ala-ala pertandingan ratu cantik, yang diberi nama  Miss Malaysia Pahang.. yang aku terkejut adalah pesertanya yang terdiri daripada golongan Nyah (Lelaki yang menyerupai wanita)… ape la nak jadi ngan dunia nie….

Tetapi yang paling aku sedih ketika aku melihat video tu adalah aku melihat kebanyakan peserta dan penonton yang terdapat di dalam pertandingan itu  adalah orang yang sebangsa dan kemungkinan besar adalah seagama dengan ku…. 

Adakah mereka tidak trfikir langsung tetang dosa dan azab yang di janjikan  di ahkirat sana…  Adakah mereka hanya berfikir tentang keseronokan di dunia semata-mata…  Adakah mereka tidak bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT sehingga mereka sanggup melakukan pelbagai cara untuk mencapai dan memperoleh ape yang mereka inginkan….

Bagi penganjur dan pihak yang bertanggungjawab yang meluluskan program tersebut, adakah mereka tidak terfikir akan akibat dan keburukan dari program tersebut… Dengan kejayaan penganjuran program tersebut ini akan mengakibatkan lebih ramai daripada golongan seperti ini akan lebih berani untuk menonjolkan diri mereka di khalayak ramai dan mereka akan menjadi bangga dengan apa yang telah mereka lakukan….

Bagi pihak yang berwajib pula dimanakah peranan mereka, kenapa mereka hanya mendiamkan diri… kenapa mereka tidak berani untuk menganbil tindakan keatas pihak yang telah menganjurkan program tersebut….

Aku berharap dan berdoa agar pertandingan seperti ini tidak akan diadakan mahupun di Negara ini mahu pun di luar Negara… dan aku berharap meraka akan sedar akan kesalahan yang telah mereka lakukan….. Sekian…..

Ps : Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah s.a.w. melaknat kaum lelaki yg menyerupai atau berlagak spt wanita (al-mukhannathiin / al-mutasyabbihiin bi al-nisa') dan kaum wanita yg menyerupai / berlagak spt lelaki (al-mutarajjilaat / al-mutasyabbihat bi al-rijaal)"
(Riwayat al-Bukhari) 

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yg memakai pakaian wanita dan wanita yg memakai pakaian lelaki"
(Riwayat Abu Dawud dengan sanad sahih) -dipetik daripada kitab Riyadhus Salihin. 


Jumaat, 15 April 2011

Tanggungjawab sebagai seorang KAUM ADAM….


Jika enkau seorang ANAK LELAKI….
Ingatlah tanggungjawab mu sebagai anak….
Tanggungjawabmu untuk memelihara IBU mu yang telah melahirkan mu kedunia ini…
Tanggungjawabmu untuk memilahara BAPA mu yang telah membesarkan mu…

Jika engkau seorang SUAMI
Ingatlah tanggungjawab mu sebagai seorang suami….
Tanggungjawab mu untuk memberi nafkah kepada isteri mu…
Tanggungjawab mu untuk memdidik isteri mu agar ia menjadi isteri yang solehah…
Tanggungjawab mu untuk meberikan kasih sayang  mu kepada isteri mu…
Tanggungjawab mu memberinya perlindungan kepada kepada isteri mu….

Jika engkau seorang AYAH…..
Ingatlah tanggungjawab mu sebagai seorang ayah…
Tanggungjawabmu untuk memdidik anak-anak mu sehingga berjaya….
Tanggungjawab mu untuk membesarkan anak mu sehingga dewasa…
Tanggungjawab mu untuk melindungi anak-anak mu  daripada bahaya…..

Wahai kaum Adam sekelian…. Ingatlah akan pesanan ku ini….
Ini semua adalah tanggungjawab kita sebagai seorang yang bergelar LELAKI….
Janganlah kita lupa akan TANGGUNGJAWAB  yang telah di AMANAHKAN kepada kita….
RENUNGKANLAH….

PS: Firman Allah SWT di dalam Al-Quran: “Dan Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikan) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Al-Luqman: 14)

 Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :   Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. 
(Surah an-Nisa'": 34)



Ahad, 10 April 2011

Tegurlah Dengan Cara Yang Betul...

Kita sering mengatakan akan kesalahan orang lain…
Cuba kita berhenti sebentar…
Dan cuba kita RENUNGKAN kembali ….
Adakah kita ini cukup sempurna....
Adakah kita sentiasa melakukan perkara yang benar…
Adakah kita tidak pernah melakukan kesilapan….

Tidak salah untuk menegur..
Tetapi tegurlah dengan cara yang betul…
Dan janganlah sampai kita memburukkan orang tersebut…
Atau menceritakan keburukannya kepada orang lain…
Takut-takut ia akan menjadi satu fitnah …
Dan akan merosakkan hubungan kita dengannya….
Jika apa yang dikatakan itu tidak benar…
Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur…
Terlajak kate buruk padahnya…

Tetapi jika ia adalah benar….
Tegurlah dia dengan lembut dan sopan…
Dan cukup lah bagi kita untuk menegur dirinya sahaja…
Supaya kita tidak memalukannya….
Sebagai seorang sahabat atau saudara…
Kita hendaklah berdoa agar ia dapat kembali kepada kebenaran…
Dan menyesal akan kesalah yg telah dilakukan….
RENUNGKANLAH…..


PS: Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :  “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
  Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

Selasa, 5 April 2011

Petikan Daripada Radio IKIM.FM


Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia..... .

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!

Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!

Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti! 
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
 Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!! 


Jumaat, 1 April 2011

Perangilah Nafsu


Kenapa manusia sering melakukan dosa…
Kerana nafsu telah menguasai diri…
Nafsu adalah satu penyakit yang amat berbahaya...
Ia berada di dalam diri kita…
Ia bukan boleh dibuang begitu sahaja…
Didiklah diri kita agar sentiasalah kita beriman dan mengingati akan kematian agar nafsu dapat di kawal…
Jika diri kita dikuasai oleh nafsu nescaya diri ini akan terleka…
Terleka dengan kemewahan dan kenikmatan di dunia…
Jika akal kita dikuasai nafsu nescaya kita akan terjurumus ke lembah maksiat…
Diri ini akan menjadi seperti binatang yang tidak mempunyai akal…
Diri ini akan mencari pelbagai cara untuk memuaskan nafsu di dada..
Diri ini akan menjadi seperti orang yang gila…
Tidak kenal apa itu halal, haram…
Tidak kenal apa itu sifat kemanusiaan…
Tidak kenal dosa dan pahala…
Asal nafsu yang berada di dalam diri dapat dipuaskan…
Ingatlah wahai teman….
Kawallah nafsu mu…
 kerana orang yang bijak adalah orang yang boleh mengawal nafsu…

Daripada Iman Al-Ghazali : "Barang siapa menyirami anggota badannya dengan Hawa Nafsu, Maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya".



Bersyukurlah.....


Hidup ini sentiasa di dalam kekurangan… Semua yang dimiliki serba kekurangan… Jika sudah memiliki pekerjaan dan sudah mempunyai pendapatan yang sudah mencukipi… kita mahukan pendapatan yang lebih besar… Jika kita sudah berpendapatan besar mahukan kereta yang besar.. Jika sudah memiliki kereta yang besar kita mahukan rumah yang besar…. Jika sudah memiliki rumah yang besar… kita akan mahukan pangkat dan gelaran yang besar … Bilakah kita aku berasa puas dengan yang kita miliki…  Tidak salah untuk memiliki kesemua itu.. Jika jalan dan sumber yang kita perolehi adalah dari sumber yang benar dan digunakan untuk tujuan yang benar… Pernahkah kita berfikir tetang orang yang berumah kecil, berpendapatan kecil… Jika kita ditempat mereka mungkin kita tidak boleh menuruskan kehidupan kita.. mungkin kita tidak dapat tidur dengan rumah yang kecil… mungkin kita akan berputus asa untuk meneruskan kehidupan ini dengan pendapatan yang sedikit… Tidakkah kita terfikir mengapa mereka masih boleh meneruskan kehidupan mereka???  Ini kerana mereka kenal apa itu yang dikatakan syukur…. Mereka akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan… Jika diri ini tidak mengenal erti syukur.. Berapa banyak pun harta yang kita perolehi dan setinggi mana pun pangkat atau pangkat yang kita kecapi…  kita masih tidak akan berasa puas dan merasakan diri ini sentiasa berada didalam keadaan serba kekurangan….. RENUNGKANLAH…..

P/S: Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki… supaya kita tidak terlalu leka untuk mengejar kejayaan dan kenikmatan didunia, sehinggakan kita lupa untuk memunaikan kewajipan kita sebagai umat NYA… Dan ingatlah bahawa kenikmatan di dunia itu hanyalah sementara sahaja…