Jumaat, 20 Mei 2011

Hidup Ini Ibarat Roda…...


Kekadang kita berasa begitu bahagia apabila kita berada di atas..
Tetapi ingatlah Kejayaan yang kita kecapi hari ini tidak mungkin berkekalan untuk selamanya.
Dan ingatlah pasti suatu hari nanti kita akan jatuh kebawah juga…
Kerana hidup ini ibarat roda….

Oleh itu bersedialah untuk berada di kebawah semula…
Kerana  cepat atau lambat ia pasti akan tiba……
Jika kita sudah jatuh kebawah..
Janganlah kita bersedih dan berputus asa..
Sebaliknya cepat-cepatlah kita bangkit untuk naik keatas semula…

Dan  janganlah kita beranggapan jika kita jatuh sekali, kita akan jatuh selamanya..
Kerana pasti suatu hari nanti kita pasti akan naik keatas semula…
Tetapi itu semua bergantung kepada usaha kita juga…
Seperti roda… jika kita tidak memutarkannya pasti ia tidak akan bergerak…
Begitulah juga bagi kita.. jika kita tidak mahu berusaha..
Tidak mustahillah jika kita berada di bawah sahaja…
Dan jika kita selalu berusaha,  tidak mustahillah bagi kita untuk berada di atas dalam tempoh masa yang lebih lama.
RENUNGKANLAH….




Selasa, 17 Mei 2011

Nasihat Untuk Insan Yang Bergelar Wanita…..


Kenapa aurat wanita lebih banyak daripada lelaki?? Ini kerana syaitan akan menjadikan segala yang ada pada tubuh badan wanita sebagai satu senjata baginya untuk menggoda manusia supaya jatuk ke lembah maksiat.... Walaupun hanya sepasang telinga mahupun sehelai rambut cukuplah baginya untuk menggoda kita...

Aurat wanita juga adalah maruah diri baginya…  Ia adalah lebih mahal daripada segala-galanya.. Oleh itu syariat telah menetapkan supaya wanita menutup aurat yang dari hujung kaki sehinggalah ke hujung kepalanya selain daripada muka dan tapak tangannya.. 

Menutup aurat bukan sekadar menutuknya daripada tubuh badannya  dilihat oleh orang  yang juga bukan mahram tetapi ia juga mestilah tidak telalu sendat dan singkat yang boleh menampakkan bentuk badan wanita tersebut. Ini kerana ia juga boleh menjadi  senjata bagi syaitan untuk menggoda manusia.. Oleh sebab yang demikian para wanita diminta supaya memakai pakaian yang longgar yang tidak menampakkan bentuk badannya..

Sesetengah orang beranggapan dengan menutup aurau beliau tidak boleh berfesyen. Islam tidak larang wanita untuk berfesyen, tetapi berfesyen lah dengar cara yang betul, dengan mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT….

Dikesempatan ini ku berharap tiada sesiapa yang terasa hati.. Ini kerana segala yang terkandung didalam artikel ini adalah sekadat nasihat dan tanggungjawab Ku sebagai seorang muslim, bukan untuk menyindir atau memburukkan sesiapa..  Diri ini sedar bukan semua wanita yang tidak bertudung itu adalah wanita yang tidak baik tetapi sebaik manapun wanita itu jika ia tidak menutup aurat ia tetap melalukan dosa dan melanggar apa yang diperintahkan oleh Allah SWT… RENUNGKANLAH...

Ps: Wahai Kaum Hawa yang dikasihi janganlah enkau menambahkan lagi dosa ku kerana terlihat aurat Mu, ini kerana cukuplah bagi ku untuk menanggung  segala dosa yang telah dilakukan oleh diri Ku… Kasihanilah daku dengan menutup segala Aurat Mu….. Sekian….

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” 
(Surah al-Nur : 31)


Isnin, 16 Mei 2011

Terima Kasih Cikgu.. Selamat Hari Guru...


16 Mei adalah satu tarikh yang telah ditetapkan untuk sambutan hari guru di Negara kita… Teringat lagi sewaktu aku di zaman persekolahan.. Hari guru akan di sambut dengat begitu meriah.. Tapi yang paling aku suka adalah kerana pada hari tersebut guru tidak akan masuk ke kelas untuk mengajar.. Hahahaha… Harap-harap korang tak ikut la perangai aku ni.. 

Tetapi kekadang aku berasa hairan gak la kenapa kita hanya berterima kasih dan mengingati guru pada tanggal 16 Mei sahaja. Adakah pada hari lain guru-guru itu tidak wujud atau pun kita pada hari lain kita tidakperlu menghormatinya... Ooohhhh!!! Silaplah kita jikalau kita berfikir sedemikian…

Kita patut menghormati guru dan sentiasa berterima kasih kepadanya pada setiap masa.. Bukan hanya pada hari tersebut.. Kerana jika bukan kerana dia mungkin kita tidak dapat untuk menyambungkan pelajaran kita, tidak dapat untuk mengejar cita-cita kita, dan tidak dapat untuk menjadi manusia yang berguna.
Ohh.. teringat aku akan cerita yang pernah aku baca tentang Iman Syafie.. Imam Syafie merupakan seorang ulama yang cukup banyak memberi sumbangan terhadap menggubal dan memperjelas hukum hakam dalam Al Quran. Sebab itulah Mazhab Shafie adalah mazhab terbaik dari segi ketelitiannya dalam menggubal hukum-hukum fekah untuk umat Ahli Sunnah Wal Jamaah...

           Satu lagi keistimewaan Imam Shafie ialah dari segi menghormati guru. Pernah diriwayatkan tentang perihal menghormati guru ini. Pada suatu hari, sedang dia memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie sedemikian. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi tersebut. Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Shafie. Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu kepada Imam Shafie?

            Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara ajning untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati gurunya itu.

Oleh itu kita juga perlulah mengikuti jejaknya. Kita perlulah menghormati dan berterima kasih kepada guru kita, walaupun beliau hanya mengajarkan kita satu perkara… Tetapi mungkin dengan perkara yang diajar olehnya memberi seribu makna buat kita di masa akan datang..

Dikesempatan ini aku ingin berterima kasih kepada guru-guru ku, pensyarah-pensyarah ku, ustaz dan ustazah ku dan juga kepada ibu bapa ku kerana telah mendidik ku untuk menjadi manusia yang berguna. Akhir kata,  Assalamualaikum… 

Ps: Maksudnya: “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)



Sabtu, 14 Mei 2011

Siapakah Yang Bersalah…..

Sedih hati ini bila memikirkan nasib bayi yang mungkin seagama dengan ku atau pun tidak..  mereka dibuang di merata-rata tempat, seperti di tepi-tepi jalan, di tong sampah di dalam sungai, di dalam semak dan lain-lain lagi..

Adakah diri mereka terlalu hina sehingga diperlakukan sedemikian kepadanya. Apakah salah mereka sehinggakan ibu bapa mereka sanggup untuk membuang mereka. Adakah mereka terlalu keji untuk hidup di dunia ini…

Adakah mereka tidak layak untuk hidup di muka bumi ini.. sungguh tersilaplah kita jika kita berfikiran yang sedemikian.. bukan mereka yang hina, bukan meraka yang salah, bukan mereka yang keji, bukan mereka yang tidak layak untuk hidup di dunia ini.

 Tetapi sebenarnya ibu bapa mereka yang hina, ibu bapa mereka yang  salah, ibubapa mereka yang keji, dan ibubapa mereka yang tidak layak untuk hidup di dunia ini, kerana sanggup untuk membuang anak yang tidak berdosa, tanpa rasa bersalah dan berdosa, bagi menutup segala kesalahan dan dosa mereka..

Dimanakah otak mereka yang dikurniakan Allah untuk berfikir, Dimanakan Hati mereka yang dikurniakan Allah untuk mengasihi dan menyanyangi..  Jika bayi tersebut boleh berkata-kata, pasti mereka akan mengatakanbahawa  ibubapa  mereka orang yang kejam, orang yang tidak mempunyai fikiran, orang yang tak berhati perut, orang yang tidak layak untuk hidup, dan yang paling pasti orang yang tidak takut akan azab daripada Allah SWT.

Sedarlah wahai teman, janganlah kita menghampirkan diri kepada perkara yang boleh membawa kita kepada zina, supaya diri kita tidak tergolong  di dalam golongan yang tidak berperikemanusiaan dan yang tidak takut dengan azab Allah SWT… Dan berdoalah agar golongan seperti itu sedar akan kesalahan yang telah mereka lakukan… RENUNGKANLAH…….





Amanah Bukan Satu Kemuliaan Tetapi Satu Tanggung jawab…


Assalamualaikum… Maaf kerana lambat Up Date kerana ada Amanah yang perlu diselesaikan… Cakap pasal Amanah nie… saye teringat akan satu motto yang pernah dipegang satu ketika dulu iaitu “Amanah Bukan Satu Kemuliaan, Tetapi Satu Tanggung jawab”.  Mesti ada yang tidak faham dengan motto ini…

                Selalunya kita pasti akan gembira bila diberi satu jawatan, kita akan menganggap ia adalah sebagai satu yang dipandang mulia/tinggi. Tetapi sebenarnya kita silap ia sebenarnya adalah sebagai satu tanggung jawab buat diri kita. 

                Jawatan yang kita sandang itu adalah Amanah daripada orang lain untuk diri kita, ia adalah satu tanggung jawab untuk diri kita. Bukan untuk berasa bangga kerana diberi amanah untuk menyandang jawatan tersebut…

                Oleh sebab itu kita janganlah berasa bangga dan merasakan diri ini dipandang mulia kerana diberi amanah untuk memegang sesebuah jawatan.  Tetapi kita patut berasa gentar dan takut kerana diberi amanah tersebut yang perlu dilaksanakan tanggung jawabnya…. RENUNGKANLAH……


Jumaat, 29 April 2011

Kenangan KU......


Assalamualaikum…. Kali ini aku ingin menulis sesuatu  yang mungkin lain dari ape yang  telah aku tulis selama ini. Kali ini aku ingin menceritakan tentang pengalaman ku… Hari ini adalah hari terakhir aku menjalani Latihan Industri ‘Practical’. Sedar tak sedar dah 5 bulan berlalu… 

Ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah hati ini terasa sedih sedikit, entah aku pun tak tahu kenapa.. Mungkin kerana hari ini adalah hari terakhir ku untuk bersama-sama dengan staf-staf kat situ…

Di dalam perjalanan pulang aku teringat akan apa yang telah berlaku sepanjang tempoh Latihan Industri ini… Dari mula-mula menjejakkan kaki di banggunan ibusawat sehinggalah langkah yang terakhir ku meninggalkannya… Bayak pengalaman  yang telah diajar kepada ku.. Dan pelbagai pengalanan yang aku prolehi....

Di sini aku belajar untuk mengenal peribadi seseorang. Tak semestinya yang tak bercakap atau yang kurang mesra dengan kita itu tidak mengambil berat tentang kita… aku rase serba salah kerana menilainya terlalu awal…  Di sini juga belajar untuk bersikap lebih sabar dan lebih bertimbang rasa…  aku juga belajar untuk bersikap lebih matang dan jangan selalu menuduh atau menyalahkan orang lain…

Ermmm…. Jika hendak di kenangkan semula terlalu banya kenangan manis, pahit dan suka duka ku sempanjang tempoh 5 bulan aku di situ…  kenangan manis itu akan simpan ia sebagai sebuah sejarah didalam hidup ku dan kenangan pahit ku itu akan ku jadikannya sebagai pengajaran untuk aku meneruskan kehidupan ini…

Jika waktu ini boleh di undur semula pasti aku ingin mengundurkannya semula.. tetapi itu semua pasti tidak akan berlaku…  Teringat aku tentang kata-kata Imam Ghazali, “Perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu”. Walaupun ia baru berlalu beberapa minit, tetapi ia adalah perkara yang paling jauh dengan kita….

Mungkin ia tidak boleh untuk di undurkan semula…Tetapi ia boleh dijadikan kenangan buat diri ku… Insya’Allah aku pasti tidak akan melupakan kenangan dan apa yang telah diajar kepada ku sepanjang tempoh 5 bulan ini… Jasa Kalian semua pasti tidak dapat untuk aku membalasnya…. Aku berharap persahabatan dan pengenalan ini tidak tamat disini sahaja.. aku berhapar ia akan kekal untuk selamanya…. Tamat.



Rabu, 27 April 2011

Kematian dan Takdir...


Hari ini aku terlihat sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal  yang dinaiki oleh dua beradik di langgar oleh sebuah lori…

Di dalam kemalangan tersebut pemandu motorsikal tersebut mininggal dunia tetapi adiknya yang membonceng dibelakangnya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius pun… lihatlah kekuasaan Allah SWT..

Di sini sebenarnya  aku bukan ingin menceritakan tentang kemalangan tersebut. Tetapi aku ingin menceritakan tentang ajal maut dan takdir kita telah ditetapkan oleh  Allah SWT, itulah yang dinamakan dengan qada’ dan qadar. 

Jika ditakdirkan kita mati atau meninggalkan dunia disaat ini, malaikat yang diperintahkan oleh Allah SWT  untuk mencabut nyawa kita akan datang kepada kita dan  ia akan  mengambil nyawa kita tepat pada masa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, ia tidak akan kurang mahu pun lebih sedetik pun dari masa yang telah ditetapkan.

Seperti apa yang berlaku di dalam kemalangan ini, abangnya yang memandu motosikal tersebut  meninggal dunia ditempat kejadian tetapi adiknya tidak mengalami kecederaan yang serius, padahal mereka menaiki motorsikal yang sama...

Ingatlah wahai teman ku, sedarlah bahawa ajal itu semakin hampir dengan kita. Kembalilah kejalan yang benar jika kita sudah tersasar, kerana ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah SWT, sejauh manapun kita lari kita tetap akan mati pada masa yang telah ditetapkan…. RENUNGKANLAH……


PS: Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”